Michael Owen Yakin Bola Sepak Malaysia Akan Meningkat Suatu Hari Nanti

Semalam pasukan belia Selangor dikunjungi oleh bekas pemain England, Liverpool dan Manchester United iaitu Michael Owen untuk berkongsi pengalaman beliau dalam program anjuran Cadbury FC di padang SUK, Shah Alam.

Dalam kunjungan tersebut, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menceritakan latar belakang pasukan Selangor dan bola sepak Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai bola sepak Malaysia, Owen menyifatkan Malaysia ada potensi dan mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Saya pernah bermain dengan pasukan Malaysia semasa zaman muda bersama pasukan Liverpool dan saya sangat mengagumi pasukan bola sepak Malaysia pada ketika itu.

“Walaupun kedudukan Malaysia dalam bola sepak dunia rendah tetapi saya yakin ia akan meningkat satu hari nanti,” katanya seperti dipetik dalam laman web rasmi FA Selangor.

Michael Owen memberikan kata-kata semangat kepada skuad muda Selangor. FOTO: asianadotmy / FA Selangor

Umum mengetahui fizikal pemain tempatan tidak setanding fizikal pemain luar untuk bersaing di peringkat antarabangsa, Namun, Owen menganggap keadaan fizikal pemain bukan segala-galanya kerana apa yang penting ialah mentaliti dan tahap kecergasan.

“Tinggi atau rendahnya ketinggian fizikal seseorang pemain itu bukanlah penghalang, tetapi kecergasan badan dan mentaliti yang kuat menentukan segalanya.

“Kita tidak perlu jadi orang lain. Jika badan kita kecil, kena tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam bola sepak. Tinggi dan rendahnya fizikal seseorang pemain bukan penghalang, namun kecergasan badan dan mentaliti yang kuat menjadi pengukur,” kata bekas penyerang England itu.

Masalah tunggakan gaji juga berlaku di England

Liga Malaysia ketika ini dilanda pelbagai masalah tunggakan gaji ekoran kedudukan kewangan yang teruk. Michael Owen mengakui situasi tersebut turut melanda beberapa pasukan dalam Liga England terutamanya pasukan bawahan.

“Ia bukan saja terjadi di Malaysia (kelewatan bayaran gaji) tetapi di negara lain juga termasuk England… mungkin membabitkan pasukan bawah Liga Perdana iaitu divisyen dua, tiga atau empat.

“Bola sepak tiada bezanya dengan perniagaan, ada naik turun kadang kala baik kadang kala buruk, dunia tidak sempurna, tapi saya harap ia lebih baik untuk semua pemain di Malaysia kerana masalah perniagaan ini terjadi di seluruh dunia,” katanya dalam Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN