Michael Owen: “Saya Ke Manchester United Kerana Tiada Pilihan Lain”

Michael Owen

Pada ketika usia muda, Michael Owen adalah seorang pemain yang cukup berkualiti dan dijangka mampu menjadi penyerang ulung dalam generasinya.

Namun begitu, malang buat pemain Inggeris terakhir yang memenangi gelaran Ballon d’Or ini, kecederaan telah menafikan kemajuan beliau walaupun menjadi bintang sensasi pada usia muda.

Owen cukup dikenali sebagai pemain Liverpool di awal karier, namun apabila di hujung hari bermain, beliau memilih untuk bersama-sama musuh tradisi mereka iaitu Manchester United.

Keputusan Owen itu jelas tidak disenangi penyokong Liverpool, beliau terus bertukar dari menjadi pemain disanjung The Kop kepada seseorang yang amat dibenci.

Akan tetapi, menurut Owen beliau tidak punya pilihan lain ketika itu.

Owen berkata selepas empat tahun di Newcastle United, beliau ingin pulang ke Liverpool dengan apa cara sekali pun.

“Ketika masa saya dengan Newcastle United telah tamat, saya menghubungi Jamie Carragher untuk cuba mendapatkan perpindahan ke Liverpool.”

“Ketika itu, beliau berkata Liverpool sudah ada penyerang muda bernama David N’Gog, jadi tidak mungkin untuk mereka mempunyai satu lagi penyerang.”

Owen kemudiannya meminta ejennya untuk terus mendapatkan kelab untuknya dan muncul tiga pasukan iaitu Manchester United, Everton dan juga Hull City.

Dari situlah bermulanya situasi yang seperti dikatakan dalam peribahasa Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa.

“Saya tidak tahu nak ke mana masa itu, jika ke Everton pastinya saya akan dibenci begitu juga kalau saya ke Manchester United.”

“Tetapi saya tak mahu ke Hull City, maaf cakap ketika itu mereka sedang bertarung untuk terus kekal di Premier League.”

Owen menjelaskan beliau cukup teruja apabila Manchester United datang kepadanya pada waktu itu.

“Ketika prestasi saya sedang menurun muncul pasukan yang sedang menjuarai liga di England dan beraksi di UEFA Champions League. Saya juga kenal ramai pemain dalam skuad tersebut.”

“Saya jelas tidak percaya akan tuah yang saya peroleh ketika itu.”

Owen memenangi Premier League dan English League Cup serta FA Community Shield sewaktu beraksi buat Manchester United bermula dari 2009 hingga 2012.

Baca juga artikel kami mengenai Michael Owen:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN