Michael Essien Sah Dilepaskan Oleh Persib Bandung

Dalam perkembangan yang mengejutkan pada dua hari yang lalu, bekas pemain bintang Chelsea dan pemain antarabangsa Ghana, Michael Essien telah dilepaskan oleh kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Sebelum itu masa depan pemain berusia 35 tahun ini mulai menjadi tanda tanya selepas gagal hadir dalam satu majlis pelancaran melibatkan pasukan itu pada Sabtu lalu.

(Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

Akhirnya Persib menjelaskan pihak mereka terpaksa melepaskan Essien kerana Mario Gomez mahukan seorang pemain import penyerang di dalam pasukannya pada musim ini.

Oleh itu, Persib terpaksa melepaskan Essien untuk memastikan kelab bola sepak berkenaan terus mematuhi peraturan liga yang ditetapkan oleh badan pentadbir bola sepak di negara berkenaan.

Bagaimanapun, keseluruhan senario masih dianggap sebagai perkembangan yang mengejutkan setelah bekas pemain Chelsea dan Real Madrid tersebut sebelum ini telah melanjutkan kontrak untuk terus kekal di Stadium Bandung Lautan Api itu pada musim ini.

Sebelum Essien disahkan tidak lagi bersama skuad Persib, skuad Harimau Bandung telah membawa masuk tiga pemain asing, iaitu  Bogan Malisic, Oh In-Kyun dan Ezechiel N’Douassel.

(Photo credit should read Sijori Images / Barcroft Images / Barcroft Media via Getty Images)

Setelah kelibat Essien tidak kelihatan dalam majlis yang diadakan di Graha Persib pada Sabtu lalu, akhirnya penjelasan diberikan oleh pegawai kelab berkenaan, Zainuri Hasyim.

“Essien bukan sebahagian daripada pemain yang diperkenalkan pada hari ini kerana kami mahu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh PSSI yang menetapkan hanya 4 pemain asing dibenarkan untuk setiap pasukan bertanding,” jelas beliau kepada wartawan.

Untuk rekod, Essien tampil sebanyak 29 kali dan menjaringkan 5 gol untuk Persib Bandung pada musim lalu.

Khabar angin turut bertiup kencang mengatakan Essien bakal menyertai Bali United selepas meninggalkan Persib Bandung.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN