Menjadi suatu kemestian di United Kingdom dan Eropah, apabila sesebuah pasukan menjadi juara liga lebih awal, mereka akan disambut dengan tradisi guard of honor.
Lazimnya, ia akan dilakukan pada perlawanan selepas sesebuah pasukan mengesahkan kejuaraan liga.
Inilah yang diterima oleh pemain Rangers sebelum perlawanan menentang Alloa Athletic, selepas sah bergelar juara liga divisyen ke-2 Scotland, Scottish Championship.
Menentang Alloa Athletics di halaman sendiri, upacara guard of honor Rangers bagaimanapun dipalit kontoversi yang melibatkan pemain Celtic.
Tak hormat Rangers?
Penyerang Alloa, Michael Duffy (berjersi nombor 7) dilihat tidak menepuk tangan semasa pemain Rangers berjalan melepasi guard of honor.
DERRY BHOY DUFFY SNUBS 'RANGERS' THEN SCORES A CRACKER…https://t.co/rRzYAbJ36y pic.twitter.com/mdclGG2vG0
— The Celtic Star News Feed (@CelticStarMag) April 25, 2016
Sebaliknya beliau hanya meletakkan tangannya di belakang badan.
Tindakan Duffy – pemain muda Celtic yang dipinjamkan ke Alloa – menimbulkan kemarahan banyak pihak. Ketika ditanya wartawan motif tindakan beliau, Duffy menjawab:
“Ia dilakukan kerana saya merupakan pemain Celtic. Itu saja. Kelakar pula bila saya lihat ramai orang marah dengan tindakan saya. Ia cuma simbol bagi seorang pemain Celtic.”
“Hari ini (perlawanan Rangers-Alloa) merupakan hari untuk mereka berparti, dan mereka menjangkakan untuk membelasah kami kerana kami pasukan tercorot liga.”
“Namun ia tidak menjadi seperti dirancang. Bagi saya, ia satu pelan yang menjadi.”
Tavernier sindir Duffy
Perlawanan itu berakhir dengan seri 1-1. Michael Duffy membuka jaringan pada minit awal permainan sebelum disamakan oleh James Tavernier.
Tavernier, selepas perlawanan memperli tindakan Duffy di akaun Twitter beliau:
Belum pun bermula musim 2016 – musim pertama yang menempatkan Rangers dan Celtic dalam liga yang sama sejak 2012 – perang saraf antara dua kelab Old Firms ini sudah pun bermula.
Baca juga: Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?