Michael Chukwubunna Bakal Pemain Naturalisasi Kedua Skuad Harimau Malaya?

Baru-baru ini, media tempatan menyiarkan hasrat penyerang import UKM FC, Michael Chukwubunna untuk mengikut jejak langkah Mohamadou Sumareh mewakili skuad Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi.

Beliau yang muncul penjaring terbanyak Piala Cabaran dengan 13 gol musim lalu sudah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2012 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang berasal dari Sarawak.

“Kalau ada peluang memang saya mahu bermain untuk Malaysia seperti Sumareh. Saya layak kerana sudah lama bermain dalam Liga M dan saya cukup kenal dengan suasana dan budaya negara ini.

“Perasaan main untuk negara amat berbeza kerana ia penghormatan terbesar buat seseorang pemain untuk membawa cabaran negara. Begitu juga saya, sudah tentu saya berbangga jika dipilih dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk harumkan nama Malaysia,” katanya dalam Harian Metro

FOTO: UKM FC

Bagaimanapun, umur beliau yang sudah memasuki 30 tahun mungkin akan menyempitkan peluangnya untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya kerana polisi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahukan pemain naturalisasi yang berusia sekurang-kurangnya 23 tahun ke atas.

“Siapa sahaja pemain luar yang bermain di liga tempatan boleh menyatakan hasratnya untuk mewakili negara dan bagi saya ini satu perkembangan yang baik untuk bola sepak Malaysia.

“Apapun berminat sahaja tidak cukup kerana yang penting kualiti dan prestasi pemain itu sepanjang lima tahun beraksi dalam liga. Kita akan menilai daripada situ sebelum membuat permohonan menjadikan pemain naturalisasi.

“Hasrat mereka mahu mewakili negara adalah bagus tetapi faktor usia juga menjadi ukuran. Syarat FIFA 18 hingga 23 tahun, sebolehnya kita mahukan pemain yang berusia 24 tahun untuk menjadi naturalisasi kerana mempunyai tempoh bermain yang panjang berbanding usia 30 ke atas,” katanya Timbalan Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi, Datuk Yusoff Mahadi.

FOTO: UKM FC
Tan Cheng Hoe mahu tengok dulu aksi Chukwubunna

Sementara itu, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu menilai dahulu persembahan penyerang UKM FC tersebut sebelum mengambilnya sebagai aset baharu pasukan negara.

“Kami mahu melihat setiap kebolehan dan skil yang dimiliki pemain berkenaan sebelum diserap dalam skuad kebangsaan selain yang paling penting memiliki pasport.

“Walaupun dia dikhabarkan boleh menyelesaikan masalah bahagian serangan skuad negara namun pemilihannya itu perlulah berbaloi atau mempunyai ciri ditetapkan,” katanya dalam Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN