Michael Carrick Sasarkan Man Utd Muncul Juara EPL, 4 Teratas Tidak Memadai

Menurut Michael Carrick, Manchester United tidak harus berpuas hati sekadar berada dalam kelompok 4 kedudukan teratas  dan harus mensasarkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL)

Kapten Manchester United berusia 35 tahun ini telah bersama United menjulang 3 kejuaraan EPL pada 3 musim pertamanya di Old Trafford, dan 2 lagi gelaran sebelum persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013.

“Ia harus sentiasa berkenaan memenangi kejuaraan,” kata Carrick kepada media.

“Dengan kata lain, ia bermakna memenangi kejuaraan liga atau tidak memenangi apa-apa langsung. Saya tidak boleh fikirkan perkara lain. Untuk mensasarkan kedudukan 4 teratas adalah tidak memadai.”

“Saya tahu kelab ini telah mengalami perubahan. Pemain telah datang dan pergi, dan anda tidak mungkin memenangi liga setiap musim. Namun anda harus mensasarkannya.”

“Saya sangat bernasib baik untuk terus memenangi kejuaraan liga ketika baru menyertai United. Setelah melalui pengalaman yang hebat pada 3 musim pertama itu, sudah pasti hanya gelaran juara yang akan memberi kepuasan kepada saya,” ujar Carrick.

(Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Michael Carrick juga berpendapat deretan bintang yang gagal ketika menyertai Manchester United adalah disebabkan mereka tidak mampu untuk menanggung intensiti beraksi untuk kelab Old Trafford itu.

“Kita boleh melihat semua itu. Beberapa nama besar tiba di Old Trafford. Namun atas beberapa sebab, ia tidak menunjukkan hasil seperti yang semua harapkan.”

“Di Manchester United kami mempunyai jangkaan tertentu, standard, dan perhatian yang anda tidak akan dapat di kelab lain,” jelas Carrick lagi.

(Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

Manchester United meneruskan rentak kemenangan dalam pertandingan International Champions Cup (ICC) pada awal pagi tadi, menewaskan Real Madrid melalui penentuan sepakan penalti.

Sebelum itu, Manchester United mudah menewaskan Manchester City dengan jaringan 2-0 di Houston, Amerika Syarikat.

Sumber:

1. The Telegraph (2017): Michael Carrick: It’s the Premier League title or nothing for me, top four is not acceptable; http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/20/michael-carrick-premier-league-title-nothing-top-four-not-acceptable/

2. ESPN FC (2017): Manchester United’s Michael Carrick: It’s win the league or nothing for me; http://www.espn.co.uk/football/manchester-united/story/3161658/manchester-uniteds-michael-carrick-its-win-the-league-or-nothing-for-me

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN