Michael Carrick Dedah Alami Tekanan Setiap Kali Jalani Tugasan Bersama England

Setiap pemain bola sepak berimpikan untuk beraksi untuk negara mereka pada tahap tertinggi.

Mewakili negara dalam kejohanan berprestij seperti kejohanan peringkat benua ataupun Piala Dunia pastinya akan memberikan rasa bangga dalam diri mereka.

Namun tidak semua gemar akan tugasan bersama negara, ada yang memandangnya sebagai satu tekanan yang memberikan kesan kepada mental mereka.

Sebagai contoh Michael Carrick, beliau antara pemain yang tidak mahu menyarung jersi England.

Carrick merupakan antara pemain yang bila-bila masa sahaja boleh menyarung jersi England kerana kebolehan beliau sebagai pemain. Namun, beliau tidak mahu melakukannya.

Bercakap kepada BBC untuk rancangan Premier League Show, Carrick mendedahkan menyertai tugasan bersama England telah membuatkan dirinya berada dalam keadaan depresi.

“Saya sudah berada dalam skuad England untuk satu tempoh yang lama. Walaupun begitu, saya menggangap ianya satu perkara yang sukar untuk bersama mereka pergi ke kejohanan utama.”

“Saya tidak kisah untuk menyertai sesi pra-musim bersama-sama Manchester United selama 3 minggu. Tetapi apabila beraksi untuk England, saya berasa depresi setiap kali bersama-sama pasukan.

Carrick yang melakukan 34 penampilan bersama England berasa detik ketika di Piala Dunia 2010 merupakan titik tolak kepada episod depresi beliau bersama England.

“Ada orang cakap kepada saya, lawan perasaan itu. Bersyukur dengan nikmat yang ada (bermain untuk England).”

“Saya faham dengan itu dan rasa beruntung dengannya namun saya tidak mampu untuk berhadapan dengannya.”

“Malah, saya sendiri pernah katakan kepada FA England yang jangan panggil saya lagi untuk tugasan bersama England.”

Kali terakhir Carrick beraksi untuk England adalah dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada tahun 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN