Penantian Miami Berakhir Selepas Terpilih Untuk Menyertai Major League Soccer

Miami

Semua sudah tahu bahawa David Beckham sedang berusaha mendapatkan tapak stadium kelabnya. Namun, usaha yang sangat lama akhirnya ditemui juga.

Malam tadi, pengurusan Major League Soccer mengesahkan Miami akan menjadi kelab terbaru yang akan bersaing dalam liga tersebut. Kelab itu dijangka akan beraksi mulai pada musim 2020.

Namun begitu, masih tidak ada nama yang belum diberikan untuk kelab itu. Meskipun antara dua nama yang popular iaitu ‘Miami Vice’ atau ‘Miami Current’.

Latar belakang

David Beckham dan rakan-rakan pelaburnya dalam Miami FC. Sumber: Daily Mail

Kelab itu akan beraksi di sebuah stadium di sebuah kawasan bernama Overtown. Overtown terletak di pinggir bandaraya Miami.

Tetapi mereka akan mula menggunakannya pada 2021. Ini bermakna kelab itu akan menggunakan stadium sementara pada musim 2020 itu nanti.

Sebelum ini, sudah beberapa kali mereka berhadapan masalah mendapatkan stadium. Sehinggakan terpaksa turun naik mahkamah kerana beberapa isu berkaitan tapak.

Impian

David Beckham memberitahu kepada BBC bahawa beliau tidak berminat menjadi seorang pengurus. Sebaliknya beliau mahu menjadi pemilik kelab.

Beliau telah menikmati diskaun yuran bidaan kelab MLS. Diskaun itu telah termasuk dalam kontrak ditandatangani beliau semasa menyertai Los Angeles Galaxy.

David menambah lagi, beliau mahu membina sebuah akademi yang hebat. Seperti beliau rasai semasa berada di Manchester United.

Akademi itu akan menempatkan pemain-pemain hebat. Namun begitu, beliau tidak mahu melantik Gary Neville untuk jawatan berkaitan akademi.

Alasannya, Gary terlalu banyak bercakap.

Meriah

Penyokong Miami yang meraikan kejayaan menjadi kelab terbaru MLS. Sumber: Daily Mail

Semasa pengisytiharan rasmi oleh MLS, hampir ratusan penyokong telah berada di sekitar tempat pengumuman itu. Malah, beberapa selebriti telah merakamkan video tahniah kepada David Beckham dan rakan pelaburnya.

Antara yang menyumbangkan video ialah Usain Bolt (pelari pecut terkemuka) dan Neymar. Keluarga David sendiri juga sudi meluangkan masa untuk video tersebut.

David Beckham mempunyai satu rekod unik dalam sejarah MLS! Pemain pertama mempunyai kelab sendiri dalam saingan itu juga.

Harapnya mana-mana pemain muda di negara kita bakal menyertai kelab MLS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN