MFL: Tiada Lagi Aksi Liga Di Bukit Jalil

SNBJ

Selangor dan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir di venue itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, perlawanan  di antara Selangor dan Perak, sebagai perlawana liga yang terakhir dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aksi Selangor dan Perak pada Sabtu ini dipindahkan ke Bukit Jalil berikutan isu keselamatan yang melibatkan Stadium Shah Alam. MFL telah memberikan kebenaran kepada Selangor FA untuk menggunakan stadium nasional tersebut.

MFL mengesahkan itu adalah perlawanan liga terakhir yang dibenarkan diadakan di SNBJ. Beliau berkata langkah itu diambil kerana mahu menjaga prestij Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai rumah kepada Harimau Malaya.

Selangor Sah Ke Bukit Jalil

Ghani menegaskan, hanya aksi final piala domestik sahaja yang boleh diadakan di SNBJ selepas ini.

Dipetik dari Sinar, Ghani berkata: “MFL ingin memberi peringatan bahawa ini merupakan kelulusan kali terakhir bagi mana-mana pasukan dalam Liga-M untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil.”

“Selepas ini Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dibenarkan untuk pengelolaan perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala FA dan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan sahaja.”

Ghani juga mengingatkan agar setiap pasukan yang bersaing dalam MSL akan lebih bersedia selepas ini untuk menyiapkan venue pasukan mereka.

Ghani mahu setiap pasukan sudah menilai kesemua aspek sebelum meminta MFL melakukan pemeriksaan ke atas venue yang mereka daftarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN