MFL Beri Jaminan Tetap Serah Geran Tahunan Walaupun Tanpa TM

Malaysian Football League (MFL) memberikan jaminan akan berusaha menyerahkan geran tahunan kepada pasukan Liga Malaysia biarpun ketiadaan Telekom Malaysia (TM) pada musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, pihaknya sentiasa amanah dan bertanggungjawab kepada pemegang taruh yang terdiri daripada 24 pasukan di mana MFL telah berusaha keras untuk mencari dana selepas ketiadaan TM.

Bagaimanapun Kevin mendedahkan nilai serta tarikh penyerahan geran bakal terjawab sebaik mencapai perjanjian bersama penaja baharu rasmi Liga Malaysia nanti.

“Sudah tentu kita kena mencari dana secukupnya untuk semua pasukan kerana ia tanggung jawab MFL tetapi perkara ini kita akan jawab soalan itu beberapa minggu akan datang selepas kita mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak yang berminat untuk menjadi penaja. Buat masa ini kita tidak boleh bagi maklumat terperinci,” katanya.

Semalam, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah mengumumkan penamatan kontrak penajaan bersama TM yang sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, Kevin memberitahu ketiadaan TM akan memberikan kesan kepada Liga Malaysia tetapi dalam masa yang sama beliau positif penaja-penaja baharu bakal tampil untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh syarikat telekomunikasi itu.

“Memang ada kesan bila kita kehilangan penaja tapi kita masih ada rakan penaja yang memberikan komitmen seperti iflix dan Ampersand.

“Kami masih lagi kukuh dan kami akan mengatasi masalah ini. Kami melihat banyak pihak yang berminat (menjadi penaja), cuma sebelum ini kami tidak boleh membuat rundingan kerana kami ada kontrak (bersama TM),” ujarnya.

Ketika ditanya jika TM masih berminat untuk kembali menaja Liga Malaysia, Kevin mendedahkan MFL tidak pernah menutup pintu buat mereka untuk mewarnai bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, Kevin menegaskan keputusan menamatkan kontrak penajaan bersama TM itu terpaksa diambil demi perjalanan Liga Malaysia.

Foto: MFL

 

“Kita sering tegaskan bahawa kita sentiasa menyokong TM dan menjadi rakan baik dengan bersabar menunggu keputusan-keputusan mereka dan apabila TM umumkan bahawa mereka tidak mencapai apa-apa keputusan untuk menarik diri dari bola (Liga Malaysia) beberapa bulan lepas dan berkata akan membuat keputusan selepas menamakan CEO yang baru pada waktu itu.

“Malangnya, kita sudah sampai satu tahap untuk fikir masa depan liga kita dan juga pengurusan liga bagi musim 2019, keputusan sudah dibuat tapi jika pihak TM masih mahu berbincang, demi tanggungjawab bola sepak kita, kita kena mendengar dan pintu tak tertutup buat mana-mana pihak jika mahu membantu bola sepak Malaysia,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN