MFL Terima Sentuhan Bekas Delegasi LaLiga Selaku CEO Baharu

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini telah pun mengumumkan kehadiran bekas Delegasi LaLiga di Malaysia iaitu Giorgio Pompili Rossi selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu mereka.

Pelantikan itu dibuat selepas Datuk Stuart Ramalingam yang merupakan CEO buat MFL sebelum ini telah pun tamat kontrak pada 31 Ogos lalu.

Untuk rekod, Pompili merupakan individu pertama dari luar negara yang dilantik selaku CEO buat MFL selepas ia diwujudkan sejak beberapa tahun lalu.

“Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa bekas Delegasi LaLiga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL yang baharu.

“Pelantikan Pompili Rossi melengkapkan carta organisasi MFL menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam yang telah tamat kontrak bersama MFL selaku CEO pada 31 Ogos 2024.

“Keputusan pelantikan tersebut telah dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerusi satu mesyuarat pada 4 September 2024 sekali gus menyaksikan Pompili Rossi adalah individu dari luar negara yang pertama dilantik sebagai CEO MFL.

“Menurut Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan melantik Pompili Rossi dibuat berdasarkan pengalaman yang ada pada beliau dalam industri bola sepak sejak 2013 sehingga kini.

“Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial Kelab Serie A dan meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum beliau menyertai LaLiga pada tahun 2017.

“Pompili Rossi mula bertapak di Malaysia sebagai Delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021, di mana beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol dan mempromosikan kelab-kelab Sepanyol di kalangan peminat bola sepak di negara ini.

“Selepas itu, Pompili Rossi melebarkan sayapnya sebagai Delegasi LaLiga Thailand yang berpangkalan di Bangkok sejak 2021 serta turut menjalankan operasi di Laos, Kemboja dan Myanmar sehingga kini sebelum dilantik selaku CEO MFL,” jelas kenyataan daripada MFL.

Pada masa sama, Dato’ Ab Ghani juga turut mengalu-alukan kehadiran Pompili Rossi sambil berharap kepakaran serta pengalaman beliau digunakan dengan baik buat perjalanan MFL menguruskan Liga Malaysia.

“Kami di MFL mengalu-alukan kedatangan Pompili Rossi dan menaruh kepercayaan dengan kebolehan serta kepakaran beliau untuk menjalankan tugas selaku CEO yang baharu di sini. Beliau akan memulakan tugas apabila selesai urusan proses mendapatkan visa dalam masa terdekat ini.

“Pengalaman dan pengetahuan Pompili Rossi tentang bola sepak Malaysia dan rantau ini diharapkan dapat membantu dalam menguruskan operasi MFL khususnya daripada aspek pertandingan dan komersial Liga Malaysia,” jelas Dato’ Ab Ghani.

Akhir sekali, beliau turut memberi penghargaan kepada Stuart atas segala sumbangan dirinya bersama MFL sejak tiga tahun lalu.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN