Akhirnya, badan penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) mengambil perhatian atas cadangan bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali mengenai perancangan bagi saingan Liga Premier.
Menurut cadangan Khalid Ali, saingan Liga Premier wajar dijadikan lubuk untuk pemain tempatan beraksi tanpa kehadiran pemain-pemain import. Ia bagi membolehkan pemain tempatan kembali mendapat tempat.
Katanya kepada Sinar Harian, “Semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super mahukan kejayaan dengan segera. Disebabkan itu, mereka ambil pemain import di semua posisi, baik pertahanan, tengah mahupun penyerang kerana mereka kejar kejuaraan. Dalam keadaan ini, mungkin FAM [Persatuan Bolasepak Malaysia] boleh mengambil tanggungjawab dengan menjadikan Liga Premier lebih lokal [tempatan].”
Peratusan penggunaan tenaga import di #LS21:
1️⃣PENANG 96%
2️⃣UITM 93.3%
3️⃣JDT 80%
4️⃣MELAKA UTD 80%
5️⃣TFC 80%
6️⃣SELANGOR 77.6%
7️⃣PERAK 63.3%
8️⃣SRI PAHANG 60%
9️⃣KL CITY 53.8%
1️⃣0️⃣KEDAH 50%
1️⃣1️⃣SABAH 41.3%
1️⃣2️⃣PJ CITY 0.0%#OptaJ— OptaJ (@OptaJ_Analytics) September 10, 2021
Melihat kepada analisis oleh OptaJ, pada minggu ke-21, 10 daripada 12 pasukan di Liga Super menggunakan lebih 50 peratus pemain import dengan Sabah FC dan PJ City yang kurang atau tiada pemain import.
PJ City sudah diketahui menggunakan sepenuhnya tenaga pemain tempatan, sementara Sabah FC pula menggunakan 41.3 peratus tenaga import ketika dibelasah Selangor FC dengan keputusan 0-6 tempohari.
Penang FC pula menggunakan hampir sepenuhnya tenaga import dengan 96 peratus pemain yang diturunkan minggu lalu adalah pemain import. UiTM FC di kedudukan kedua dengan 93.3 peratus pemain.
Jadi, ada benarnya kenyataan Khalid Ali tentang penggunaan pemain import di kalangan pasukan Liga Super.
Peratusan penggunaan pemain tempatan >30 tahun di #LS21
1️⃣SRI PAHANG 36.3%
2️⃣MELAKA UTD 36.3%
3️⃣PJ CITY 34.8%
4️⃣KEDAH 25.4%
5️⃣SABAH 24.3%
6️⃣JDT 22.6%
7️⃣KL CITY 20.3%
8️⃣PERAK 16%
9️⃣PENANG 9.9%
1️⃣0️⃣SELANGOR 9.1%
1️⃣1️⃣UITM 9.1%
1️⃣2️⃣TFC 0.0%#OptaJ— OptaJ (@OptaJ_Analytics) September 10, 2021
“Daripada situ [pemain tempatan di Liga Premier], kita dapat memberikan peluang kepada semua pemain tempatan untuk bermain dan mendapat minit secukupnya,” tambah Khalid Ali lagi mengenai cadangannya.
“Pemain tempatan yang kurang dapat tempat dalam Liga Super boleh perbaiki permainan mereka. Mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun, mereka akan dapat cabar pemain import dalam Liga Super.
“Situasi itu sekali gus membolehkan kebanyakan pasukan Liga Malaysia [Liga M] menyediakan pemain yang lebih berkualiti untuk beraksi dengan skuad kebangsaan,” jelasnya tentang kesan perubahan tersebut.
Nampak meriah tapi sebenarnya ada sesuatu yg kurang. Tidak ada seorang pun pemain tempatan yg berada dlm senarai penjaring utama ini.
Bila pasukan kebangsaan gagal, kita lah paling kedepan mengkritik. Tapi bibit2 masalah itu sebenarnya dah pun bermula. Apa solusinya? https://t.co/CTltn6WMii
— Nizar Irman Nordin (@ninordin) September 9, 2021
MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam yang dipetik daripada Harian Metro telah berkata, “Cadangan Khalid Ali ialah cadangan yang perlu dipertimbangkan secara mendalam.”
“Kena ada kaji selidik dan perbincangan membabitkan semua pihak secara keseluruhan [rakan kongsi].
“Satu cadangan yang baik dan bagus tapi proses itu perlu dapatkan pandangan semua dari pihak FAM, pasukan dan juga melihat struktur liga, di mana ia juga libatkan kontrak pemain dan kejohanan secara adil.
“Maksudnya, seperti saingan Piala Malaysia dan Piala FA yang akan babitkan pertembungan dengan pasukan di Liga Super dan Liga Perdana,” tegas Stuart Ramalingam mengenai perbezaan yang akan dirasai nanti.
“Apapun saya ucapkan terima kasih kerana itu cadangan yang konstruktif untuk kebaikan bola sepak kita,” tambahnya yang baru sahaja memulakan tugasnya bersama MFL selepas meninggalkan FAM pada Ogos lalu.