MFL Puji Langkah Pantas Perancangan Selangor United Untuk Kembali Ke Sungai Besar

Selangor United

Ketua Pegawai Operasi Malaysian Football League (MFL), Mohd. Shazli Shaik Mohd memuji pendekatan yang dilakukan Selangor United setelah menjadi pasukan pertama berjumpa dengan pihaknya selepas menyatakan perancangan mereka untuk kembali ke Sungai Besar bagi musim 2020.

Selepas melakukan pemeriksaan, beliau berpendapat Stadium Sungai Besar kini mencapai tahap hampir 75 peratus bersedia untuk digunakan bagi aksi Liga Premier cuma ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terutama pada aspek padang.

Malah, perkara teknikal lain seperti soal penginapan dan tempat duduk penonton juga tidak menjadi masalah besar sekali gus memungkinkan impian Selangor United beraksi di Stadium Sungai Besar hampir pasti menjadi kenyataan.

“Padang jika dilihat pada waktu ini daripada saiz dan kualiti, sememangnya boleh bermain cuma kena lakukan sedikit perubahan agar menetapi syarat yang ditetapkan.

“Pagar keselamatan penonton juga sudah ada yang telah dibina sejak Piala FAM dan kami ada melakukan pemantauan mengenai soal penginapan di sini.

“Ada beberapa hotel berdekatan yang jarak maksimum hanya 30 minit dari stadium dan kami telah mengambil kira perkara ini, jadi secara keseluruhan saya memang berpuas hati setakat ini, ” katanya.

Perkembangan terkini tersebut pastinya memberikan khabar gembira buat skuad Selangor United dan juga seluruh peminat bola sepak di sekitar Sungai Besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN