MFL: Pinda Lagi Untuk ‘Elak Situasi Tak Baik’ Lepas Tunda 5 Aksi Kedah

Pindaan Liga Super 2021 terkini Kedah

Malaysian Football League (MFL) baru sahaja mengumumkan perubahan jadual Liga Malaysia termasuk Liga Super yang melibatkan semua pasukan yang bersaing.

Mengejutkan, keputusan ini dibuat selepas Kedah Darul Aman FC selesai melalui tempoh penundaan perlawanan mereka melibatkan lima aksi sejak 24 Julai iaitu berdepan Penang FC, PJ City FC, UiTM FC, Sri Pahang dan Selangor FC.

Pada 23 Julai yang lalu, sebelum aksi pertama liga kembali bersambung, kem Kedah digemparkan dengan kes dua pemainnya yang disahkan positif COVID-19. Ketika itu mereka dalam persiapan akhir untuk berdepan musuh ketat mereka, Penang FC.

Selepas itu, MFL telah memutuskan yang lima perlawanan melibatkan skuad Hijau Kuning itu akan ditunda sehingga aksi berdepan Selangor, hujung minggu lalu. Kedah akan kembali turun padang dalam aksi selepas ini berdepan Terengganu FC.

Kedah ketika ini sudah melalui 13 perlawanan berbanding pasukan lain yang sudah melalui 18 perlawanan kecuali pasukan yang dijadualkan bertemu dengan Kedah.

Seharusnya MFL sudah menjangkakan situasi ini, di mana, carta kedudukan pasukan akan nampak ‘tak cantik’ dan kekurangan lima perlawanan Kedah tampak ‘buruk’.

MFL mungkin baru sedar dengan kenyataan terbaru mereka menjelaskan, untuk mengelakkan situasi tidak baik kepada persaingan liga, mereka terpaksa meminda semua perlawanan yang bakal berlangsung bermula pada hujung minggu ini.

Liga akan ‘berehat’ untuk tempoh lebih kurang dua minggu sehingga 20 Ogos depan dengan Kedah akan melalui dua aksi tertangguh pada hujung minggu ini berdepan Selangor FC dan kemudian menanti kunjungan Penang FC pada Selasa depan.

Selepas itu, liga akan kembali berlangsung seminggu sekali dengan perlawanan pada pertengahan minggu akan melibatkan perlawanan Kedah yang ditangguhkan sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pindaan jadual perlu dilakukan bagi memberi keseimbangan serta menjaga integriti saingan Liga Malaysia selepas lima perlawanan Liga Super melibatkan Kedah yang tertunda.

Jelasnya, “Pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier adalah bertujuan memberi keseimbangan kerana jika pindaan tidak dilakukan, keputusan kedudukan liga hanya akan diketahui selepas perlawanan tertunda Kedah dan Kuching City berakhir.”

“Jadi, pada MFL ini adalah situasi yang tidak baik kepada persaingan liga,” ujarnya lagi mengenai mengapa pindaan tersebut terpaksa dilakukan oleh MFL ketika ini.

“Ini akan memberikan keadilan dalam penentuan kedudukan pasukan dalam liga yang turut merupakan kelayakan AFC Champions League, Piala AFC, Piala Malaysia, Challenge Cup termasuk penentuan kenaikan dan penyingkiran pasukan musim depan.

“Maka dengan itu, perlawanan terakhir liga iaitu Liga Premier ke-22 dan Liga Super ke-22 akan dijalankan secara serentak,” tambahnya lagi mengenainya.

Mengenai cadangan pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sebelum ini, MFL ada memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun ia ditolak.

Menurut Aidil Sharin, sampai bila perlawanan melibatkan Kedah akan terus ditangguh dan mengapa pemain-pemain yang didapati negatif tidak dibenarkan untuk meneruskan saingan liga sebagaimana yang berlaku di liga luar negara.

“MFL akur dengan keputusan MKN di mana individu yang didapati positif wajib menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) selama 14 hari bagi memastikan mereka sembuh dan mengelak daripada penyebaran COVID-19 dalam pasukan.

“Jadi, pemain-pemain yang kontak rapat [tidak positif] pula dikehendaki menjalani kuarantin 10 hari di mana mereka tidak dibenarkan menjalani sesi latihan sepanjang tempoh kuarantin,” ulas Ab Ghani lanjut mengenai cadangan Aidil Sharin itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN