MFL Perlukan Penjelasan Terperinci Daripada KLFA Sebelum Ambil Tindakan

MFL

Merujuk laporan akhbar tempatan bertajuk ‘Selidik dulu’ bertarikh 15 Januari 2019, Malaysian Football League (MFL) menafikan kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Kamarudin Hassan.

Kamarudin dalam artikel itu menyatakan bahawa MFL bersedia mengambil tindakan dengan menyekat geran tahunan KLFA tanpa meminta sebarang penjelasan daripada pihak mereka berkenaan isu KLFA tidak membayar gaji pemain susulan pendedahan bekas pemain, Syazwan Andik.

Bagaimanapun MFL telah mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan dalam satu laporan akhbar tempatan bertajuk ‘KLFA berdepan pemotongan geran’ bertarikh 14 Januari 2019.

Dalam laporan itu, MFL menuntut penjelasan terperinci daripada KLFA sebelum kes berkenaan di bawa ke Ahli Lembaga Pengarah untuk mengambil tindakan termasuk menyekat pemberian geran tahunan sebagai cagaran untuk mereka melangsaikan sebarang tunggakan.

Ini kerana MFL sentiasa konsisten dengan keputusan yang diambil sepanjang dua tahun ini dan mengenakan denda dan memotong mata pasukan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dalam Liga Malaysia.

Malah bagi pendaftaran pasukan musim ini juga, MFL sudah mengumumkan untuk menyekat pembayaran geran tahunan kepada pasukan baharu Liga Premier, Perlis selagi belum menjelaskan tunggakan gaji dalam tempoh 60 hari daripada tarikh yang ditetapkan hanya selepas mendapat penjelasan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Foto: Instagram milik Syazwan Andik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN