MFL: Penyokong Selangor Jangan Risau, Stadium Shah Alam Masih Boleh Digunakan Tapi…

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Selangor masih boleh menggunakan Stadium Shah Alam untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Ini dilakukan dengan cuba merujuk kepada Jabatan Kerja Raya dan kemudian meminta pengesahan tentang tahap keselamatan stadium tersebut.

Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pengesahan itu adalah penting. Kerana dengan pengesahan itu, Selangor akan mendapat kebenaran untuk beraksi di Stadium Shah Alam.

Dipetik daripada Arena Harian Metro, Datuk Ab Ghani Hassan berkata: “Kalau boleh kita minta FAS untuk dapatkan kepastian daripada teknikal seperti JKR ataupun badan-badan perbadanan yang secara teknikalnya stadium itu mengatakan bumbung itu boleh (selamat).”

“Saya ada terbaca mengatakan bumbung berkenaan tidak macam atap atau zink seperti dulu. Ia cuma atap polycarbonate yang ringan dan boleh hancur mengikut tempoh dalam 10 tahun.”

“Stadium Shah Alam ini (dibina) tahun 1994 dan tempoh itu dah melangkaui jaminan kepada bumbung itu,”

Ab Ghani kemudian meminta agar penyokong Selangor agar bertenang. Kerana beliau berpendapat, Stadium Shah Alam akan tetap menjadi venue utama pasukan mereka.

Stadium Shah Alam memiliki permukaan padang dan fasiliti lain yang menepati piawaian.

Beliau juga menyatakan MFL akan membuat satu lagi tinjauan selepas ini. Dan kemudian akan berhubung dengan FAM berkaitan dengan isu tersebut.

Buat masa ini, Ab Ghani hanya melihat isu bumbung sahaja yang berbangkit. Sementara aspek lain, tiada masalah, menurut beliau lagi.

Selangor sedang rangka persiapan untuk menghadapi musim 2020 yang akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Selangor merupakan antara pasukan yang telah mendapatkan ramai pemain bagi menghadapi musim ini. Dan pastinya mereka mahu mencabar kejuaraan Liga Super Malaysia pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN