MFL: Pasukan Wajib Patuhi Empat Perkara Sebelum Dibenarkan Berlatih

MFL

Semua pasukan Liga Malaysia yang mahu memulakan latihan wajib melakukan empat perkara diarahkan oleh Malaysian Football League (MFL) dalam pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) sebelum mereka dibenarkan untuk turun ke padang bermula 15 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, menjelaskan empat aspek itu amat penting agar tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

”Langkah paling awal yang perlu dilakukan adalah menjalani ujian calitan atau swab test dan keputusan hendaklah diserahkan kepada MFL setelah disahkan oleh doktor pasukan.

“Perkara kedua pula mereka perlu melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan.

“Selain daripada itu, pasukan wajib menamakan pusat latihan yang mesti diadakan di tempat tertutup kerana kita tidak mahu berlaku perkumpulan orang ramai di tempat latihan, manakala yang terakhir, venue latihan wajib didaftarkan melalui pautan notification.miti.gov.my (MITI).

“Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pasukan dalam soal ini agar dapat memberikan kelancaran selepas mereka diberi kebenaran mengadakan latihan namun dalam waktu yang sama, kita dapat membendung wabak COVID-19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dalam talian bersama setiausaha-setiausaha pasukan Liga Malaysia yang diadakan di ibu pejabat MFL,semalam.

Sesi ini membincangkan secara mendalam SOP yang perlu dipatuhi setiap pasukan untuk mengadakan latihan sepertimana yang dibenarkan oleh MKN.

Dalam pada itu, Ghani berpuas hati dengan maklum balas diberikan oleh semua pasukan yang menyatakan komitmen tinggi untuk mematuhi setiap SOP yang diberikan.

Namun, beliau berharap semua pemegang taruh Liga Malaysia dapat mengikuti sepenuhnya dalam soal pelaksanaan dalam setiap SOP.

“Berdasarkan pemahaman, saya nampak semua pasukan agak jelas dalam setiap perkara semasa sesi penerangan yang kita lakukan.

“Jika semua pasukan mampu penuhi setiap SOP yang digariskan pada sesi latihan Fasa 1 ini dan kes terbaharu wabak terus mencatatkan jumlah yang rendah,kita mungkin dapat melakukan latihan secara kontak bagi sesi Fasa 2.

” Sebab itu saya mengharapkan kejujuran daripada semua pasukan dalam pematuhan SOP ini bagi memastikan tiada halangan untuk semua pasukan mengadakan latihan,” katanya.

Sebelum ini MKN dan KBS mengumumkan keputusan untuk membenarkan semua pasukan kembali memulakan sesi latihan dengan SOP yang ketat mulai 15 Jun ini dan mengikut perancangan jika mendapat kebenaran kerajaan, Liga Malaysia dijangka bersambung semula pada September depan.

Kredit featured image: Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai aktiviti latihan yang kembali dibenarkan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN