MFL Nafi Geran Tahunan Akan Dibayar Pada Bulan Ogos

Badan pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan dakwaan sebuah akhbar tempatan mengenai geran tahunan akan diserahkan pada bulan Ogos ini kepada semua pasukan Liga Malaysia.

Menurut kenyataan rasmi yang disiarkan di laman web MFL, mereka kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan penajaan baharu dan akan mengumumkan dalam masa terdekat.

“Buat makluman semua, MFL kini dalam fasa terakhir untuk memutuskan penajaan baharu Liga Malaysia selepas penamatan kontrak dengan Telekom Malaysia (TM) pada 15 Mac lalu dan perkembangan mengenai penajaan baharu ini bakal diumumkan hujung bulan ini.

“MFL juga mengesahkan tidak pernah memaklumkan kepada rakan kongsi untuk menyerahkan geran tahunan pada Ogos ini dan jelas laporan yang disiarkan itu tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat tepat,” jelas kenyataan tersebut.

Mereka juga mempunyai unit media yang sentiasa memantau sebarang laporan yang berkaitan dengan MFL dan perkembangan Liga Malaysia serta memastikan semua pihak mendapat maklumat sahih.

“MFL memiliki unit media yang sentiasa bersedia memberikan maklumat atau mengesahkan sesuatu berita yang ingin dilaporkan dan laporan sebegini langsung tidak membantu kepada usaha MFL mendapatkan penajaan baharu malah boleh memberikan kesan yang negatif.

“Unit media ini sentiasa berhubung dengan semua aliran media dan memberi respons yang pantas dalam setiap pertanyaan jika ada.

“Justeru motif laporan tidak berasas, mengelirukan atau tidak benar seperti ini amat dipertikaikan dan sudah pasti dilihat mahu memburukkan pihak-pihak tertentu atau mahu mengundang reaksi yang negatif.

“Di sini MFL berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan tidak benar yang boleh memberikan imej buruk kepada MFL dan akhirnya boleh memberikan kesan kepada semua pasukan,” katanya.

Bulan lepas, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah mengumumkan penamatan kontrak penajaan bersama syarikat telekomunikasi terkemuka negara, TM yang sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari 2018.

Malah, MFL turut menfailkan saman terhadap Telekom Malaysia (TM) kerana gagal menepati janji sebagai langkah untuk mempertahankan kepentingan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN