MFL Nafi Ada Unsur Atur Perlawanan Pada Pertemuan Batu Dua FC & Rawang City

Malaysian Football League (MFL) menafikan kemenangan besar pasukan amatur, Batu Dua FC ke atas Rawang City FC dalam aksi kelayakan Shopee Piala FA 2019 memiliki unsur-unsur skandal mengatur perlawanan.

Semalam, kelab Batu Dua FC yang dibarisi bekas-bekas pemain profesional antaranya Abdul Manaf Mamat, melakarkan kejutan dalam aksi kelayakan Shopee Piala FA 2019 apabila membelasah Rawang City FC 17-1 di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Kemenangan itu jelas menimbulkan keraguan peminat-peminat bola sepak tempatan yang mana keputusan tersebut dianggap tidak masuk akal apabila menyaksikan sebuah kelab meraih keputusan lebih daripada 10 gol.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menegaskan kemenangan skuad Batu Dua FC tidak perlu dipertikaikan berdasarkan kekuatan pasukan itu yang memiliki beberapa bekas pemain professional.

“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh timbul keraguan kemenangan besar Batu Dua FC kerana saya fikir skandal atur perlawanan boleh sahaja berlaku 1-0, 2-0 atau apa sahaja keputusannya.

“Oleh kerana disebabkan keputusan 17-1 tidak bermakna ia ada elemen skandal atur perlawanan.
“Apabila kami membawa pasukan-pasukan amatur ke dalam saingan Shopee Piala FA 2019, kita sebenarnya boleh jangka variasi kualiti pelbagai pasukan dan perkara ini berlaku di seluruh dunia.

“Ia berlaku wujud jurang besar di antara kedua-dua pasukan ini. Batu Dua FC jelas memiliki bekas pemain-pemain berpengalaman dan profesional jadi kami tidak mempertikaikan integriti perlawanan ini hanya kerana keputusan jaringan besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat MFL selepas majlis undian pusingan pertama Shopee Piala FA 2019 di sini hari ini.

Selain bekas penyerang kebangsaan Manaf yang meledak enam gol, kemenangan besar kelab itu juga disumbangkan oleh tiga gol jaringan bekas pemain import MIFA Seydi LÍmam, selain jaringan Azidan Sarudin, Badrul Hisyam Moris, Faizal Ab Aziz, Mohd Rizua Syafiqi dan Mohd Aizat yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan unifi Liga Super dan Liga Premier.

Sementara itu, pada majlis undian pusingan pertama saingan kalah mati yang berlangsung hari ini, Batu Dua FC akan bertemu Klasiko FC yang menewaskan Raja Permin 5-3 dalam aksi kelayakan.

Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac ini yang turut membabitkan 18 lagi pasukan dalam sembilan perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN