Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan 1,000 keping tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih yang mempertemukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam temubualnya bersama Berita Harian telah mengesahkan pihaknya telah pun menerima salinan permohonan dari KFA berhubung peruntukan tiket yang akan diberikan kepada penyokong pelawat di stadium baharu itu.
Ghani yang ditemui ketika majlis perasmian Stadium Sultan Ibrahim menjelaskan MFL sudah pun memiliki manual yang menetapkan tiga kategori berkenaan pembahagian tiket untuk penyokong pasukan tuan rumah dan pelawat.
Kejayaan JDT Bina Stadium Sendiri Dapat Pujian FAM https://t.co/Ts87wNgor7 pic.twitter.com/2tsWAtz6EO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 23, 2020
“Stadium yang bawah kapasiti penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat hanya 300 tiket sahaja.
“Kedua, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin akan dapat 500 tiket sahaja.
“Atas kapasiti tempat duduk penyokong 40,000 hingga 80,000, maka tuan rumah boleh beri tiket kepada pasukan pelawat sejumlah 1,000 tiket, ujar Ghani.
Isu mengenai pembahagian tiket ini timbul selepas Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris sebelum ini telah membangkitkannya di dalam media sosialnya susulan desakan penyokong Lang Merah yang mahukan kepastian mengenai perkara berkenaan.
#BHSukan: Mohon kuota 1,000 keping tiket bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari ini https://t.co/xau0TyUcz7
— Berita Harian (@bharianmy) February 20, 2020
Menurut Asmirul, pihak JDT masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai permintaan 1,000 tiket untuk dijual kepada penyokong Kedah yang mahu hadir memberi sokongan kepada pasukan.
Namun berdasarkan respon yang telah diberikan oleh MFL, kemungkinan besar hanya 500 keping tiket sahaja bakal disediakan untuk penyokong pelawat sejajar dengan manual yang telah pun ditetapkan.
“Jika KFA inginkan 1,000 tiket ia bergantung kepada budi bicara kelab JDT dan ketetapan manual di buat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL,” kata Ghani lagi.
Kredit Foto: MFL