MFL Minta ‘Lampu Hijau’ Benarkan Penyokong Lengkap 2 Dos Vaksin Ke Stadium

Malaysian Football League

Malaysian Football League (MFL) kini merancang dan berharap agar penyokong Liga Malaysia akan dibenarkan semula untuk kembali ke stadium dalam masa terdekat.

Menurut Presiden MFL, Dato Ab Ghani Hassan, adalah menjadi harapan MFL untuk menyaksikan penyokong kembali ke stadium untuk memeriahkan lagi saingan liga kebangsaan.

3 Perkara Yang Perlu Diselesaikan Ab Ghani Selepas Dipilih Presiden MFL Yang Baharu

Ujar Ghani, pihaknya telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan menghantar permohonan baharu kepada mereka.

Permohonan baharu itu ditambah baik dengan beberapa syarat antaranya membenarkan hanya penyokong yang sudah lengkap divaksinasi sahaja boleh ke stadium.

Tindakan ini dilakukan oleh MFL selepas melihat kerajaan Malaysia mula memberikan beberapa kelonggaran kepada rakyat yang sudah lengkap dua dos seperti makan di premis serta merentas daerah mengikut kawasan.

“Susulan kelonggaran yang diberikan kepada mereka yang telah lengkap dua dos, MKN harus mempertimbang kebenaran ke stadium bagi penyokong yang sudah lengkap dua dos vaksin,” kata Ghani menerusi BERNAMA.

Ghani juga berharap agar MKN memberikan kebenaran agar jumlah penyokong yang boleh dibenarkan masuk ditingkatkan lagi berbanding sebelum ini.

Tetapi jika tidak boleh, gunakan syarat yang sama juga tidak mengapa kata Ghani.

“MFL tidak minta banyak, kekalkan syarat yang sedia ada atau kalau boleh tingkatkan supaya dapat memeriahkan lagi Liga Malaysia.”

Sebelum ini, hanya 25% kapasiti stadium atau 8 ribu orang sahaja dibenarkan masuk dan mengikut mana yang lebih rendah antara kedua-dua tersebut.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN