MFL Minta Jamal Nasir Tampil Melaporkan Isu Jurulatih ‘Hantu’ Yang Didedahkannya

Jurulatih Hantu Stuart Ramalingam Jamal Nasir Satiananthan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam meminta Datuk Jamal Nasir antaranya yang buat pendedahan tentang jurulatih ‘hantu’ untuk tampil melaporkan kepada pihaknya.

Dan setakat ini yang membuat pendedahan tersebut adalah lagenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir yang dibuatnya kepada Harian Metro. Dan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan juga tampil berkata ada benarnya dan beliau tidak menolak sepenuhnya dakwaan tersebut.

Menurut Stuart Ramalingam mengenainya, “MFL sentiasa sangat serius dalam kriteria kejurulatihan mengikut manual kami dan keperluan Pelesenan Kelab dan oleh itu, jika terdapat sebarang tuduhan seperti ini, saya amat meminta pihak berkaitan tampil ke MFL melaporkan isu ini dan untuk MFL mengambil tindakan yang perlu.”

“Manual Liga M juga mempunyai Klausa 4.4.12 iaitu Lesen Pegawai Kelab yang bertanding dalam Liga M [Liga Malaysia] tidak boleh digunakan individu lain dan jika didapati lesen tersebut digunakan individu lain, maka MFL berhak mengenakan tindakan.

“Untuk pendaftararan jurulatih kelab yang bertanding Liga Malaysia sama ada tempatan atau asing, mereka perlu mendapat kelulusan MFL. Antara syarat wajib bagi pendaftaran jurulatih bagi sesebuah kelab ialah perlu berdaftar dan menjadi ahli PJBM.

“MFL mempunyai kerjasama baik dengan PJBM dan sentiasa memastikan ketelusan polisi yang ditetapkan mendapat sokongan PJBM dan dasar yang melindungi hak jurulatih di Liga di bawah pengelolaan MFL. PJBM mempunyai proses saringan sendiri sebelum membenarkan jurulatih berkaitan menjadi ahli.

“MFL tidak akan meluluskan pendaftaran jurulatih yang tidak menjadi ahli PJBM,” tambah Stuart Ramalingam.

Ujarnya lagi, buat pengendali asing pula, MFL akan mendapatkan bantuan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyemak kelayakan jurulatih itu sebelum diluluskan.

“Bagi jurulatih luar negara pula, pihak MFL dan kelab akan menyemak dan mendapatkan ‘Recognition of Coaching Competency’ (RECC) daripada AFC melalui FAM,” jelas Stuart Ramalingam mengenai jurulatih asing.

Sebelum ini, Datuk Jamal Nasir membuat pendedahan mengenai jurulatih ‘hantu’ yang pinjamkan lesen tapi tak bekerja langsung sama ada dengan kelab, persatuan atau pasukan. Yang membuat kerja adalah individu lain. Dedahnya sebelum ini, “Saya dapati perkara ini sudah lama berlaku dalam kancah bola sepak tanah air.”

Dan Satiananthan selepas itu memaklumkan ada seorang jurulatih dari Liga M3 memaklumkan kepadanya ada sebuah kelab yang mahukannya jadi jurulatih, tapi tanggungjawab itu diberikan kepada pembantu jurulatih.

Siapa agaknya jurulatih ‘hantu’ yang didedahkan Jamal Nasir dan Satiananthan? Harapnya mereka tampil melaporkan kepada MFL sebagaimana saranan Stuart Ramalingam agar gejala ini dapat dibendung awal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN