MFL Challenge Cup: Penang Miliki Peluang Untuk ‘Aibkan’ Selangor

Penang dilihat berpeluang untuk mencipta kejutan pada aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup 2024/2025 hari ini, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke pentas akhir mengatasi Selangor.

Terdahulu, pasukan dari utara itu mencatat kekalahan 0-1 ketika aksi separuh akhir pertama dan ia memberi sedikit kelebihan buat Selangor untuk aksi kedua hari ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Walaupun tewas, secara keseluruhan The Red Giants sebenarnya menghadapi kesukaran sepanjang perlawanan berlangsung menerusi cabaran besar diberikan oleh Penang.

Malah pasukan itu juga sekadar terikat seri 1-1 pada aksi Liga Super beberapa hari kemudian bersama aksi cukup tidak menyakinkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Goyahnya prestasi semasa Selangor itu menyaksikan beberapa kritikan hadir di media sosial dalam kalangan peminat yang menggesa perubahan lebih positif mampu diberikan pasukan berkenaan.

Apa tidaknya, The Red Giants seolah beraksi pada bawah tahap sebenar pada dua aksi lalu dengan mereka kerap hilang penguasaan bola serta tidak kreatif mencipta serangan.

Kelemahan semasa itu menyaksikan Penang sesekali berjaya memanipulasi keadaan sehingga kemuncak menyaksikan mereka terikat seri pada aksi Liga Super.

Tewas tipis dan mengikat seri pasukan sehebat Selangor jelas menyaksikan Penang kini jauh lebih bermotivasi dan tidak berada pada tekanan tinggi untuk mengharungi perlawanan akan datang.

Apatah lagi Wan Rohaimi sudah tentu akan mempertaruhkan kesebelasan terbaik serta sudah membuat analisa lengkap mengenai kekuatan semasa Selangor sebelum aksi hari ini.

Dalam kalangan pemain, Dylan Wenzel-Halls, Rafaer Vitor, dan penyerang dari Brazil iaitu Rodrigo Dias kini sedang berada pada tahap terbaik untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama menghadapi Selangor.

Walaupun begitu, atas kertas jelas tuan rumah masih merupakan antara pasukan pilihan ramai yang dianggap bakal melangkah ke final jika dibandingkan oleh Penang.

Kelebihan di halaman sendiri, kekuatan pemain di segenap posisi, serta reputasi menjadikan Selangor masih unggul berbanding pasukan pelawat untuk pertemuan seterusnya itu.

Apapun jika Selangor masih gagal menampilkan kualiti yang terbaik, adalah tidak mustahil untuk Penang mencipta kejutan walaupun bermain di gelanggang pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN