MFL Akui Pantau Perkembangan Terkini Penularan COVID-19

COVID-19

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, buat masa ini saingan Liga Malaysia musim 2020 berjalan mengikut jadual dan badan pentadbir Liga Malaysia musim 2020 itu tidak berhasrat untuk membuat sebarang penangguhan.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani tidak menolak MFL akan bertindak demi kepentingan rakyat dan isu ini akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL serta mengadakan pertemuan bersama Rakan Kongsi Liga jika KKM mengeluarkan pengumuman rasmi penularan wabak COVID-19 berada di tahap serius.

“Keputusan untuk menangguhkan perjalanan liga bukan mudah kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Namun MFL sentiasa meletakkan isu keselamatan pemain, pegawai dan penyokong paling utama.

“MFL sentiasa memantau perkembangan wabak COVID-19 daripada kementerian dan mempunyai persediaan tertentu. MFL akan bertindak mengikut perkembangan terkini yang dikeluarkan KKM.

“Apapun, MFL akan bertindak jika KMM mengeluarkan satu pengumuman rasmi dan isu ini akan dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL serta mengadakan pertemuan bersama Rakan Kongsi Liga untuk membuat keputusan sama ada mungkin pasukan akan bermain di stadium kosong terlebih dahulu sebagai permulaan atau langkah-langkah lain yang sewajarnya akan diambil.

“Ini kerana MFL mahu memastikan kejadian tidak diingini akan berlaku dan dalam masa yang sama mahu memastikan perjalanan liga berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Tambah Dato’ Ab Ghani, pihak MFL turut menghantar surat pekeliling kepada semua pasukan sebelum Liga Malaysia musim 2020 bermula agar mengambil langkah-langkah pencegahan di stadium pada hari perlawanan seperti menyediakan sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan dan menasihatkan penyokong menggunakan topeng muka.

Liga Malaysia musim 2020 membuka tirai pada 28 Februari lalu dengan aksi pertama CIMB Piala Sumbangsih serta saingan minggu pertama CIMB Liga Super dan Liga Premier telah berlangsung dengan baik.

Enam lagi perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier akan diadakan pada esok (6 Mac) dan Sabtu (7 Mac) ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN