MFL Akan Tubuhkan Badan Bebas Pengadil Mulai Tahun 2019

Pengendali Liga Bolasepak Malaysia (Malaysia Football League) merancang untuk menubuhkan Badan Bebas Pengadil (Independent Refereeing Body) yang terdiri daripada gabungan pengadil tempatan dan pengadil luar negara mulai tahun 2019 bagi memperbaiki mutu pengadilan Liga Malaysia.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman twitter rasminya hari ini susulan kontroversi yang melibatkan pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

“MFL membuat keputusan untuk menubuhkan Badan Bebas Pengadil untuk meningkatkan standard pengadil. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut berada dalam badan bebas itu yang akan berfungsi mulai musim 2019,” katanya.

Selain itu, Tunku Ismail turut mengumumkan beberapa orang pengadil tempatan akan dihantar ke Jepun untuk kursus pengadilan demi meningkatkan kualiti mereka.

“Kami juga akan menghantar 25 pengadil baharu ke Jepun untuk meningkatkan kualiti mereka. Pengadil tempatan dan pengadil asing dari Jepun, England dan negara lain antara yang turut terbabit dalam Badan Bebas Pengadil.

“Pengadil tempatan dan pengadil asing akan bekerjasama untuk meningkatkan standard. Kami juga merancang untuk mengadakan kursus pengadil yang dikendalikan oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris,” jelasnya di laman twitter tersebut.

Barisan pegawai dan pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Kelmarin, mutu pengadilan Suresh Jayaraman dalam aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam telah dikritik hebat oleh pemerhati bola sepak tempatan termasuk Tunku Ismail sendiri.

Namun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Subkhiddin Mohd. Salleh mempertahankan tindakan mereka memilih Suresh Jayaraman sebagai pengadil perlawanan akhir.

Menurut Subkhiddin, pengadil tersebut sangat layak dan bukan dipilih semberono ataupun tangkap muat. Beliau memberitahu yang Suresh menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM.

Beliau menjelaskan beberapa kriteria diambil kira oleh Jawatankuasa pengadil dalam pemilihan Suresh Jayaraman iaitu:

– Kemampuan Suresh mengendalikan cabaran (tekanan) daripada kedua-dua pasukan. Beliau telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

– Suresh dipilih kerana Subkhiddin merasakan pengadil itu ada komitmen yang tinggi serta memiliki sikap untuk bersaing secara sihat di dalam usaha memajukan dirinya.

– Suresh Jayaraman ada pengalaman 2 tahun menjadi pengadil Liga Super dan sebelum ini menjadi pengadil Liga Premier yang juga merupakan salah satu daripada liga utama di Malaysia.

– Subkhiddin juga menyatakan mereka mahu mengketengahkan pengadil berbangsa India di pentas final selepas sekian lama tidak ada pengadil berbangsa India yang berketerampilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN