Sweden Tewaskan Mexico Dengan Kesungguhan, Bukti Tiada Perkara Yang Mustahil

Sweden mengasak dari minit pertama perlawanan, dan hampir membuahkan hasil awal melalui gerakan set-pieces menarik seawal minit ke-2.

Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa turut terpaksa menampan keluar sepakan percuma deras Emil Forsberg pada minit ke-6 untuk menafikan Sweden pendahuluan pada awal perlawanan.

(Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

Sepakan gunting Marcus Berg hasil sepakan penjuru pada minit ke-11 perlawanan, turut tersasar di sisi gawang Mexico.

Mexico turut terlepas peluang terbaik untuk berada di hadapan pada minit ke-17 melalui Carlos Vela, sebelum Mikael Lustig turut mensia-siakan peluang di hujung gawang bertentangan seminit selepas itu.

Kedua-dua pasukan cuba mengasak kubu lawan masing-masing, namun gagal menemui penyudah yang dicari.

VAR turut digunapakai untuk menentukan sama ada Chicharito bersalah menyentuh bola di dalam kotak penalti untuk sepakan penalti diberikan kepada Sweden.

Namun Mexico boleh menarik nafas lega selepas pengadil dengan bantuan VAR mengesahkan sebaliknya.

(Photo credit should read HECTOR RETAMAL/AFP/Getty Images)

Perlawanan turut disertai terjahan-terjahan agresif daripada kedua-dua pasukan, terutama di dalam tempoh lima minut terakhir babak pertama, memaksa pengadil menghentikan perlawanan beberapa kali.

Babak pertama akhirnya berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.

Babak kedua bermula, Sweden berada di hadapan selepas 5 minit perlawanan bermula apabila Ludwig Augustinsson menyudahkan peluang yang terhidang selepas terlebih Viktor Claesson gagal menyambar kemas hantaran lintang rakan sepasukan.

(Photo by Hector Vivas/Getty Images)

Perlawanan terus menjadi semakin rancak selepas itu, dengan Sweden terus memburu kelebihan jaringan.

Minit ke-61, Sweden dihadiahkan sepakan penalti selepas Moreno dipersalahkan kerana menjatuhkan Marcus Berg.

Kapten pasukan, Andreas Granqvist tidak mensia-siakan peluang, merembat kencang sepakan penalti tersebut untuk Ochoa tewas kali kedua dalam perlawanan ini.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Mexico terus dihukum pada minit ke-74 perlawanan, apabila Edson Álvarez tertampan bola ke gawang sendiri selepas diasak oleh Forsberg untuk Sweden selesa mendahului 3-0.

Mexico cuba mengasak selepas itu, namun Sweden terus mengawal benteng pertahanan dengan cemerlang.

Keputusan kekal sehingga wisel penamt dengan kedudukan 3-0, dan Sweden berjaya melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN