Wow. Ini satu kejutan yang amat terkejut!
Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dikaitkan dengan spekulasi mengejutkan apabila namanya dipalit dengan potensi perpindahan ke Turki.
Menurut laporan dari Daily Mail, bekas pemain skuad kebangsaan Jerman itu dikatakan sedang tidak begitu gembira dengan situasi di Arsenal ketika ini.
Hal ini kerana, pemain tersebut dikatakan tidak berjaya memberikan hasil yang dimahukan oleh pengurus iaitu Unai Emery dari segi taktikal dan juga etika kerja.
Malah sebelum ini, Ozil dikatakan mengalami perbalahan bersama-sama Emery di padang latihan kerana pemain itu tidak akan sebagai kesebelasan utama dalam aksi menentang West Ham United.
Fenerbahce dikatakan mahu mengambil kesempatan di atas situasi tersebut dengan ingin membawa Ozil jauh dari Emirates.
Namun begitu, mereka bakal mengalami saingan dari Manchester United yang turut dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Ozil.
Jika mengikut logik, sekiranya Ozil dijual pastinya Arsenal akan menjualnya kepada Fenerbahce kerana mereka semestinya tidak mahu menjual pemain terbaik mereka kepada pesaing Premier League mereka.
Namun begitu, logik itu boleh dipatahkan kerana Arsenal pastinya mahu mendapatkan hasil jualan yang semaksima mungkin dan itu dapat mematikan potensi perpindahan Ozil ke Turki.
Kerana jika Arsenal meletakkan harga yang terlalu tinggi sudah pastinya Fenerbahce tidak mampu untuk menunaikan permintaan kelab dari England itu.