Mesut Ozil: “Saya Sentiasa Beri Komitmen 100% Untuk Arsenal”

Walaupun kesungguhan di atas padang sentiasa mendapat kritikan dan dipersoal Mesut Ozil menegaskan bahawa beliau sentiasa memberi 100% komitmen untuk Arsenal.

Walaupun sentiasa dikaitkan dengan gosip perpindahan, pemain tengah antarabangsa Jerman ini menegaskan beliau sentiasa memberi yang terbaik setiap kali menyarung jersi Arsenal.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Minggu lalu, kontroversi perpindahan sekali lagi melanda Ozil apabila beliau dilaporkan telah memaklumkan rakan sepasukan di Emirates bahawa beliau akan berpindah ke Old Trafford pada jendela perpindahan Januari hadapan.

Pemain berusia 29 tahun ini kini berada pada tahun terakhir kontrak bersama Arsenal. Pemilik Arsenal, Stan Kroenke juga telah menjelaskan bahawa pihak kelab masih mahu Ozil untuk terus berada di Emirates melangkaui musim ini.

Namun sehingga kini Ozil masih memilih untuk berdiam diri perihal kontrak bersama Arsenal, walaupun berjanji akan beraksi sebaik mungkin setiap kali beraksi untuk The Gunners.

Ozil dipetik sebagai berkata:

“Saya gembira mendengar perkhabaran tersebut daripada Kroenke. Beliau adalah pemegang saham utama kelab ini. Saya gembira berada di sini dan sentiasa memberikan yang terbaik demi pasukan”

” Tetapi buat masa ini, perkara terpenting ialah bola sepak. Saya mahu bermain sebaik mungkin, 100% untuk Arsenal. Ia adalah perkara yang penting untuk saya sentiasa memberi yang terbaik dan berasa gembira kerana bermain dengan baik.”

“Untuk perkara lain, biarlah ia ditentukan kemudian.”

Bekas bintang Real Madrid ini menunjukkan prestasi permainan yang memukau ketika membantu Arsenal menang 5-2 ke atas Everton pada minggu lalu walaupun sering diletakkan di posisi sayap berbanding di posisi No.10 kegemarannya.

“Saya lebih mengenali diri saya berbanding orang lain. Dan saya adalah jenis yang mahu gembira dengan apa yang saya lakukan di atas padang,” tambah Ozil.

“Semua orang tahu posisi kegemaran saya sebagai seorang perancang, iaitu posisi No.10. Buat masa ini jurulatih mahukan saya beraksi di sebelah kanan. Pada pendapat saya, ia adalah arahan yang saya perlu turut dan saya wajib menunjukkan kualiti yang saya miliki.”

“Sudah tentu saya akan gembira jika mampu menunjukkan prestasi yang baik secara individu. Tetapi bola sepak adalah sukan yang mementingkan konsep sebagai sebuah pasukan. Pada pendapat saya, kami beraksi dengan baik ketika menentang Everton.”

“Skuad ini memiliki kualiti dan kita telah melihatnya. Apa yang penting sekarang ialah untuk menampilkan konsistensi.”

Pada masa sekarang, Arsenal menduduki tangga ke-5 EPL, berkongsi mata dengan Chelsea di tangga ke-4 dengan 16 mata terkumpul. Arsenal akan berhadapan dengan Swansea pada malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN