Mesut Ozil Jadikan Kesusahan Hidup Sebagai Pembakar Semangat Untuk Berjaya

Mesut Ozil jadikan kesusahan hidup dirinya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam karier bola sepak profesionalnya.

Pemuda kelahiran Gelsenkirchen ini pada mulanya mengalami pengalaman hidup yang tidak menarik jika dibandingkan kanak-kanak seusiannya ketika beliau masih kecil.

Dikeji teman bermain

Mesut Ozil jadikan kesusahan hidup dirinya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha menjadi manusia yang berjaya.

Siapa sangka, pemain pujaan Arsenal serta pemenang Piala Dunia bersama Jerman pernah diherdik teman sepermainannya ketika kecil?

Beliau sering dikutuk oleh rakan-rakan beliau ketika kecil kerana tidak mempunyai kasut bola yang lawa lagi bergaya.

“Saya sering diketawakan oleh rakan-rakan saya kerana ibu bapa saya tak mampu belikan saya kasut yang mahal dan cantik.”

“Mereka semua ada kasut yang cantik dan kasut yang mahal serta bergaya.”

Bagi Ozil, kasut mahal tidak jadikan anda pemain yang terbaik. Sebaliknya, beliau menggelar dirinya pemain terbaik walaupun kasutnya murah.

Walaupun tidak berwang, tetapi Ozil bersyukur kerana dikurniakan dengan keluarga yang sering memberikan sokongan padu kepada dirinya.

“Mereka sering berikan sokongan padu kepada saya. Kadang-kadang saya pernah terpaksa tidak hadir ke perlawanan bola sepak kerana tiada kereta.”

“Tetapi mereka tetap berikan kepercayaan kepada saya. Mereka selalu kata kepada saya, “pergi saja, jangan risau!”

Patuh pada agama

Mesut Ozil jadikan kesusahan hidup sebagai pembakar semangat untuk menjadi pemain bertaraf dunia.

Selain itu, beliau juga jadikan pegangan agama yang kuat sebagai panduan hidup beliau.

Ozil digambarkan sebagai pemain yang cukup teguh pada pegangan agamanya menurut rakan sepasukannya.

“Bila kita ada duit banyak, semua benda kita nak buat. Saya boleh pergi ke kelab malam untuk berhibur jika saya mahu kerana saya ada duit tetapi saya tidak mahu.”

Katanya lagi, beliau masih lagi dikawal perbelanjaannya oleh ibu bapanya.

“Ibu bapa saya masih lagi kawal perbelanjaan saya. Jika saya belanja terlebih, pasti mereka akan tanya ke mana duit itu akan pergi.”

Baca juga: RB Salzburg Berlatih Di Dubai, Pemain Israel Munas Dabbur Ponteng?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN