Mesut Ozil Bakal Menjadi Pemain EPL Pertama Pakai But Tanpa Tali

Selepas but khas untuk sepakan tonjol, but bola sepak mengalami evolusi lagi. Kali ini, Adidas memperkenalkan but tanpa tali pula.

But baru dan inovatif ini dikenali sebagai ACE 16+ PureControl. Ia direka khas untuk pemain yang mahukan kawalan maksimum terhadap bola, terutamanya pemain tengah.

Selepas melalui pelbagai ujian prototaip, versi terakhir ACE 16+ PureControl telah diuji oleh pemain-pemain tajaan Adidas.

“But paling selesa pernah saya pakai”

(Sumber: Adidas)
(Sumber: Adidas)

Antara yang berpeluang mencubanya adalah Mesut Ozil, James Rodriguez dan Ivan Rakitic. Tetapi Ozil adalah pemain pertama yang bakal menyarung but ini dalam perlawanan sebenar.

Ivan Rakitic menggelar ACE 16+ PureControl sebagai ‘but paling selesa pernah dipakainya’.

Manakala Ozil yang pernah memuat naik gambar selfie beliau dengan ACE 16+ PureControl mendedahkan ‘but terbaru Adidas itu membuatkannya tidak menggemari but bertali’.

“Sepanjang karier, saya cuba meminimumkan impak tali but kepada sepakan dan kawalan bola saya,” kata Ozil.

“Saya beritahu Adidas pada 2014, saya terpaksa ikat dan masukkan lebihan tali dalam but supaya ia tak menganggu kawalan bola saya.”

“Jadi bila mereka (Adidas) memperkenalkan but tanpa tali mereka kepada saya, ia seolah-olah mereka mencipta but tersebut hanya untuk saya. Tak sabar saya nak pakai.”

417520_1-medium_trans++M37qcIWR9CtrqmiMdQVx7Hnk4Br5GiVFovEsrgivlFU

Bagaimana ACE 16+ PureControl lekat di kaki?

Salah satu kerisauan pemain mengenai idea but tanpa tali adalah sama ada ia betul-betul lekat di kaki ketika memakainya. Adidas memberi jaminan ACE 16+ PureControl tidak akan memberikan masalah itu.

Walaupun ACE 16+ PureControl tidak mempunyai tali, but tersebut mempunyai 3 ciri-ciri penting untuk mengukuhkan lekatan but kepada kaki pemain.

Pertama, ACE 16+ PureControl mempunyai kunci termoplastik untuk mengikat bahagian tengah kaki.

Kemudian, but tersebut turut mempunyai lapisan atas but yang dijahit kemas. Bahagian dalamnya mempunyai lapisan berjahut yang dilengkapi sistem kuncian techfit.

Lapisan atas ACE 16+ PureControl turut dilengkapi jahitan ketat dan longgar yang premium.

Adidas menjanjikan but tersebut akan muat di kaki seperti sarung tangan, untuk menjanjikan kawalan bola yang maksimum. Ia berdasarkan konsep fizik bahawa permukaan luas yang lebih besar menjana kuasa dan ketepatan yang lebih tinggi.

Adidas menjangkakan Mesut Ozil akan mula memakai ACE 16+ PureControl pada perlawanan Arsenal menentang Chelsea pada Sabtu ini.

Baca juga: But Khas Untuk Sepak Tonjol Dihasilkan, Dapat Pengiktirafan Harry Redknapp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN