Mesut Ozil Sah Kekal Bersama Arsenal Sehingga 2021

Mesut Ozil

Mesut Ozil disahkan telah menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Arsenal, dengan perjanjian baharu yang hanya akan tamat pada 2021.

Pemain berusia 29 tahun ini menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi di dalam sejarah kelab London itu. BBC Sport melaporkan pendapatan Ozil bakal menerima £350,000 seminggu sebelum cukai.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Spekulasi mengenai hala tuju Ozil sering menjadi perbincangan sebelum ini disebabkan kontrak pemain antarabangsa Jerman tersebut yang akan tamat pada penghujung musim ini.

Ozil menyertai skuad kendalian Arsene Wenger daripada Real Madrid pada 2013, dan merekodkan rekod perpindahan kelab pada ketika itu, membabitkan nilai £42.4 juta.

Musim ini Ozil telah tampil di dalam 21 perlawanan untuk Arsenal, menjaringkan 4 gol dan turut merekodkan 6 bantuan gol setakat ini.

Persetujuan Ozil untuk terus kekal di Emirates bermakna beliau akan berusia 32 tahun ketika kontrak beliau di Arsenal tamat pada 2021.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

 

Sehingga kini Ozil telah membantu Arsenal meraih tiga kejuaraan Piala FA Inggeris. Beliau juga merupakan pemain dengan peratusan jumlah bantuan gol tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak melakukan penampilan pertama bersama The Gunners pada September 2013.

Perancang tengah ini turut telah tampil sebanyak 88 kali untuk skuad kebangsaan Jerman, dan merupakan antara pemain yang menampilkan prestasi cemerlang ketika membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

Semalam Arsenal dikecewakan oleh Swansea 3-1 di Stadium Liberty dalam saingan EPL. Setelah berjaya mengesahkan ketibaan Aubameyang dan juga perkhabaran terbaru mengenai kontrak Ozil ini, kami yakin sedikit sebanyak ia mampu mengubat kedukaan penyokong Arsenal.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN