Reaksi Internet: Messi vs Boateng

JEROME BOATENG. Anda telah menjadi bahan sensasi di internet. Pemain pertahanan Juara Dunia 2014 itu diaibkan dengan gol kedua Messi yang membuatkannya tertewas dengan gaya yang tiada siapa mahukan sebagai pemain pertahanan.

Messi memperdaya Boeteng dengan gerakan kaki yang lincah, tak cukup dengan itu Messi juga melakukan ‘chipping’ menewaskan Manuel Neuer. Yup, Manuel Neuer. Penjaga gol terbaik dunia, yang juga finalis yang dicalonkan bersama Messi di FIFA Ballon d’Or 2014. Manuel Neuer yang sama mengecewakan Argentina di akhir Piala Dunia 2014.

Tonton gerakan lincah Messi memperdayakan Jerome Boateng dalam video di bawah:

Pandangan Jamie Redknapp mengenai Messi :

Ianya satu penghormatan dapat melihat beliau (Messi) malam ini. Dia seorang yang genius. Apa yang dilakukannya terhadap Boeteng sememangnya hebat.

“Messi sukar dihentikan”. Itu kata-kata daripada bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Boateng dan barisan pertahanan Bayern telah buktikan bahawa Pep betul. Penyerang Argentina tersebut meletakkan Barcelona di kedudukan hampir pasti ke pentas akhir Liga Juara Juara Eropah setelah meledak 2 gol di separuh masa kedua.

Ya, memang bagus rasanya membalas dendam(kalah 3-0 kepada Bayern Munich di Nou Camp pada musim 2012-2013) dan Messi sudah tentu bangga dengan prestasinya. Namun, semua itu sia-sia jika Barcelona gagal menyekat Bayern Munich daripada menjaringkan 3 atau lebih gol di Allianz Arena minggu hadapan.

Kami kongsikan beberapa reaksi Twitter berikutan ‘insiden’ pagi tadi.

https://twitter.com/Futbol_Bible/status/596055617413980162

https://twitter.com/Troll__Football/status/596076051131863041

https://twitter.com/KelvinNwoye/status/596079998487896065

https://twitter.com/barq_in/status/596074838588006400

https://twitter.com/ebuka_akara/status/596066165778206721

https://twitter.com/aypappii/status/596047892965654528

kredit featured image: t13.cl
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN