Messi Wira Argentina Dalam Superclasico, Gabriel Jesus Lakukan Penalti Buruk Sekali Lagi

Kepulangan semula kapten Messi ke dalam pasukan Argentina menyaksikan pemain legenda Argentina itu menjadi penjaring kemenangan ke atas musuh tradisi Brazil.

Agak ironi kerana kepulangan Lionel Messi adalah berhadapan dengan Brazil. Pasukan yang dituduh beliau menang kerana korupsi penganjur Copa America.

Kata-kata Messi itulah yang membuatkan beliau digantung 3 bulan.

Messi menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Arab Saudi.

Brazil terlebih dahulu memiliki peluang gol apabila dihadiahkan sepakan penalti.

Gabriel Jesus yang gagal menyempurkan penalti sebelum ini untuk Manchester City, kali ini gagal menyempurnakannya untuk Brazil.

Jesus menggunakan teknik yang sama dan hasil yang sama. Cuma arah bola sahaja yang berbeza.

Beberapa minggu lalu, Gabriel Jesus gagal menyempurnakan penalti ketika beraksi dalam UCL menentang Atalanta.

Ia dianggap sepakan penalti yang sangat teruk. Di mana Jesus melakukan penalti dengan teknik lompatan kecil, mirip kepada teknik Jorginho, tetapi eksekusi oleh Jesus tidak tepat.

https://youtu.be/fvpreXhS1NA

Pada minit ke-9, Gabriel Jesus gagal menyempurnakan penalti ke atas Argentina. Ianya adalah kegagalan kedua berturut-turut oleh Jesus dalam 2 penalti – dalam aksi antarabangsa beliau.

https://twitter.com/i/status/1195468396302917634

Gabriel Jesus kini memiliki rekod kegagalan penalti yang agak teruk. Tidak hairanlah, ramai peminat Brazil mahukan jurulatih tidak memberikan Gabriel Jesus tugasan tersebut.

https://twitter.com/Riquelme2030/status/1195457446787080192

Bukan sahaja Gabriel Jesus, 4 minit kemudian giliran Lionel Messi pula gagal menyempurnakan penalti beliau – yang berjaya diselamatkan oleh Alisson Becker. Namun Lionel Messi melakukan tindakan susulan dengan merembat masuk bola.

https://twitter.com/i/status/1195390884977815554

Argentina menang 1-0 dalam aksi yang didominasi oleh pasukan Brazil. Namun Argentina lebih banyak mencipta peluang gol walaupun hanya ada 36% penguasaan bola.

Argentina turut membawa pulang trofi Superclasico.

Brazil memberikan debut kepada penyerang Aston Villa, Wesley pada lewat perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Brazil terus gagal menang dalam 5 perlawanan selepas menjuarai Copa America.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN