Bakal Berpisah, Messi Muat Naik Video Ucap Selamat Tinggal Kepada Neymar

Kini, trio MSN (Messi, Suarez & Neymar) tidak akan ada lagi.

Hal ini disebabkan Neymar kini bersetuju untuk berpindah dari kelab tersebut ke Paris Saint-Germain menerusi rekod dunia iaitu €222 juta.

Neymar juga dikatakan bersetuju untuk mengikat kontrak selama 5 tahun di kelab Perancis itu.

Lionel Messi, mengambil kesempatan menerusi laman Instagramnya untuk menzahirkan ucapan selamat tinggal kepada pemain itu.

Beliau memuat naik video penuh emosi menujukkan saat-saat indah beliau bersama-sama Neymar ketika di Barcelona.

Berikut merupakan terjemahan bagi apa yang ditulis oleh Messi di Instagram beliau:

“Ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi bilik persalinan bersama kamu sepanjang beberapa tahun ini kawanku, Neymar.”

“Semoga berjaya di bahagian baharu karier anda.”

Trio pemusnah

Sepanjang 3 musim bersama, trio MSN telah mencipta pelbagai kemusnahan terhadap pertahanan-pertahanan di Eropah.

Mereka mencatatkan 364 gol diantara Messi, Luis Suarez dan juga Neymar. Satu jumlah yang cukup tak masuk akal tetapi cukup menakjubkan!

Berikut merupakan pecahan gol yang dijaringkan ketiga-tiga pemain ini:

Neymar:

  • 2014–15 / Penampilan: 51 / Gol: 39
  • 2015–16 / Penampilan: 49 / Gol: 31
  • 2016–17 / Penampilan: 45 / Gol: 20

Luis Suarez:

  • 2014–15 / Penampilan: 43 / Gol: 25
  • 2015–16 / Penampilan: 53 / Gol: 59
  • 2016–17 / Penampilan: 51 / Gol: 37

Lionel Messi:

  • 2014–15 / Penampilan: 57 / Gol: 58
  • 2015–16 / Penampilan: 49 / Gol: 41
  • 2016–17 / Penampilan: 52 / Gol: 54

Adakah kita akan lihat trio sebegini lagi dalam dunia bola sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN