Messi Tidak Pasti Jika Barcelona Serius Dapatkan Neymar Kembali

Bintang Barcelona, Lionel Messi berkata beliau tidak pasti jika kelab tersebut benar-benar berusaha untuk mendapatkan kembali Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) pada jendela perpindahan yang lalu.

Pemain antarabangsa Argentina itu juga secara terbuka mengakui beliau sememangnya senang jika Neymar kembali ke Nou Camp, namun turut menyedari ia bukannya perkara yang mudah untuk perpindahan tersebut untuk berlaku.

Bercakap kepada Sports, Messi dipetik sebagai berkata:

“Saya akan gembira jika Neymar [benar] kembali [ke Nou Camp]. Tetapi jujur, saya tidak tahu jika Barca telah melakukan yang terbaik untuk melakukan rundingan bersama PSG mengenai Neymar,” ujar beliau.

“Tetapi saya tidak kecewa. Kami mempunyai skuad yang cukup bagus untuk bersaing di semua pertandingan walaupun tanpa Ney.”

Sepanjang tempoh jendela perpindahan lalu, nama Neymar adalah antara yang paling menjadi tumpuan untuk meninggalkan PSG, dengan La Liga sebagai destinasi pilihan.

Bintang Brazil itu berhijrah meninggalkan kelab Catalan itu dua tahun lalu dengan nilai rekod dunia €222 juta untuk menyertai PSG.

“Neymar adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Dengan kemampuan beliau dan nilai tajaan yang dibawa oleh beliau, bayangkan apa yang kelab [Barcelona] boleh perolehi,” tambah Messi lagi.

Walaupun Neymar sendiri tidak menyembunyikan niat beliau untuk kembali ke Nou Camp, ironinya antara alasan beliau meninggalkan juara La Liga itu pada dua musim lalu ialah kerana mahu lari dari bayangan Messi.

Atau mungkinkah Neymar perlu lari dari bayangan beliau sendiri untuk mampu menampilkan potensi sebenar yang beliau miliki?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN