Lionel Messi menewaskan pilihan utama, Virgil van Dijk untuk memenangi Anugerah Best FIFA.
Bintang Barcelona itu adalah penjaring terbanyak di Eropah pada musim lalu, menjaringkan 36 gol untuk membantu Barcelona menjuarai gelaran La Liga.
Augerah kali ini juga adalah yang ke-6 untuk kapten pasukan berusia 32 tahun ini, sekaligus menjadikan Messi memiliki rekod lebih baik berbanding pesaing untuk anugerah ini, Cristiano Ronaldo.
Keputusan undian:
1. Lionel Messi (46 mata)
2. Virgil van Dijk (38 mata)
3. Cristiano Ronaldo (36 mata)#TheBestAwards #SemuanyaBOLA pic.twitter.com/Z8gmPZEHYB— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 23, 2019
Kedua-dua pemain telah mendominasi anugerah ini sejak 2008 dan tahun lalu adalah pertama kali ia dimenangi oleh pemain lain, iaitu Luka Modric.
Selain daripada memenangi anugerah utama, Messi turut disenaraikan di dalam pasukan tahunan 2018/19 – yang diundi oleh pemain profesional yang lain.
Penjaga gol Liverpool, Alisson pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik dan turut berada di dalam pasukan tahunan 2018/19 selepas cemerlang bersama Liverpool di pertandingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Copa America bersama Brazil.
FIFPro World XI (Lelaki):
?? Alisson
?? Sergio Ramos
?? Virgil van Dijk
?? Matthijs De Ligt
?? Marcelo
?? Frenkie De Jong
?? Luka Modric
?? Eden Hazard
?? Kylian Mbappe
?? Lionel Messi
?? Cristiano Ronaldo#TheBestAwards #SemuanyaBOLA pic.twitter.com/Rt585aUwOs— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 23, 2019
Matthijs de Ligt (Belanda, Juventus), Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid), Virgil van Dijk (Belanda, Liverpool) dan Marcelo (Brazil, Real Madrid) melengkapkan senarai pasukan pilihan di bahagian pertahanan..
Bahagian tengah pula terdiri daripada Luka Modric (Croatia, Real Madrid), Frenkie de Jong (Belanda, Ajax) dan Eden Hazard (Belgium, Real Madrid).
Kylian Mbappe (Perancis, Paris Saint-Germain), Lionel Messi (Argentina, Barcelona) dan Cristiano Ronaldo (Portugal, Juventus) melengkapkan senarai pemain di bahagian serangan.