Lionel Messi masih belum menyertai latihan skuad Barcelona tatkala penantian untuk pemain itu menandatangani kontrak baharu masih berterusan.
Pemain skuad utama Barcelona kini berada di Jerman untuk pra musim sejak beberapa minggu lalu, dan bakal berhadapan FC Salzburg pada Rabu nanti untuk perlawanan persahabatan.
Tidak termasuk pemain yang mengalami kecederaan dan trio yang masih terlibat dengan Sukan Olimpik, anggota-anggota skuad utama lain yang belum menyertai latihan pra musim Barcelona adalah pemain yang mara ke perlawanan akhir Copa America.
Squeaky bum time.
Lionel Messi has yet to put pen to paper on a new @FCBarcelona contract as the new @LaLiga season nears.https://t.co/xbUBW4gHBt
— ESPN Asia (@ESPNAsia) August 2, 2021
Seperti Messi, Sergio Aguero juga sepatutnya menyertai pasukan pada Isnin lalu. Bekas penyerang Manchester City itu bagaimanapun tiba lebih awal dan mulai menjalani latihan secara bersendirian di pusat latihan Barcelona.
Pemain pertahanan Brazil, Emerson Royal pila sedang menjalani pemeriksaan kesihatan Covid-19 pada Isnin sebelum menyertai rakan sepasukan yang lain.
Isnin lalu juga sepatutnya menjadi tarikh Messi sepatutnya melaporkan diri bersama Barcelona, tiga minggu selepas Argentina menewaskan Brazil di kejohanan Copa Amerika.
✍ (MESSI): Barcelona want to announce Lionel Messi's renewal this week but some details could delay it to the first week of August.
• Messi is summoned to join pre-season training on August 2 along with the other players involved in Copa America.#FCB 🇦🇷
Via (🟡): @sport pic.twitter.com/dLgWPLoEzu
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) July 26, 2021
Sumber kepada ESPN bagaimanapun mendedahkan pihak kelab dan Messi sendiri menundakan tarikh kepulangan pemain tersebut, dan ia berkaitan dengan kontrak yang belum ditandatangani.
Sebagai ejen bebas, Messi sebenarnya berhak untuk menggunakan fasiliti kelab, asalkan ia tidak melanggar perundangan dan pelbagai polisi yang berkaitan rapat dengan penajaan dan hak imej pemain tersebut.
Sumber yang sama juga mendedahkan Barcelona kini sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah Messi supaya pemain itu boleh menandatangani kontrak dengan segera dan beraksi dalam perlawanan pemanas badan Joan Gamper Trophy menentang Juventus di Nou Camp pada Ahad akan datang.
FC Barcelona president Joan Laporta has provided an update on several club matters, including Lionel Messi's contract situation and Antoine Griezmann's future.
Read more ➡ https://t.co/z7bdGqt5AZ pic.twitter.com/4rTvW5MiFe
— Kick Off (@KickOffMagazine) August 3, 2021
Kontrak Messi bersama Barcelona tamat pada 30 Jun. Secara teknikal pemain itu sudah pun menamatkan kerjasama selama 21 tahun dengan Barcelona, sebelum pemain itu secara lisan bersetuju dengan tawaran kontrak bahru selama lima tahun baharu melibatkan 50% pemotongan gaji.
Masalah kewangan yang serius dihadapi Barcelona termasuk peraturan La Liga yang ketat menyebabkan kelab tersebut terpaksa mengatur kembali kewangan mereka, termasuk melepaskan beberapa pemain bintang yang selama ini menerima pendapatan tinggi di kelab tersebut.
Presiden Barcelona, Joan Laporta mengatakan tiada perkembangan terkini berlaku pada Isnin lalu, tetapi yakin semua perancangan berada di landasan untuk mendaftarkan Messi dan pemain-pemain baru lain yang didatangkan pada jendela perpindahan musim panas ini.