Messi Tak Sanggup Gadai Kejayaan Bersama Barcelona Hanya Kerana Piala Dunia

Lionel Messi menegaskan beliau tidak akan menyerahkan mana-mana kejuaraan sepanjang karier bersama Barcelona semata-mata kerana mahukan kejuaraan Piala Dunia.

Ketiadaan kejuaraan di peringkat antarabangsa adalah satu-satunya perkara yang membayangi kejayaan Messi bersama Barcelona.

Beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan pada Piala Dunia 2014, apabila Argentina tewas 1-0 kepada Jerman di perlawanan akhir selepas masa tambahan.

Pada tahun lalu di Rusia pula, Messi dan Argentina melalui kempen Piala Dunia yang ingin dilupakan. Melalui pusingan peringkat kumpulan yang sukar, Argentina kemudiannya disingkirkan Perancis dengan jaringan 4-3 di pusingan kedua kalah mati.

Messi akan berusia 35 tahun di Piala Dunia Qatar 2022, dan dalam satu temubual bersama TyC Sports, Messi seakan-akan pasrah peluag untuk beliau meraih kejuaraan di peringkat antarabangsa sudah pun berlalu.

“Sudah tentu saya mahukan gelaran juara dunia,” ujar beliau.

“Tetapi pada masa yang sama, saya tidak akan mengubah [kejuaraan] apa-apa yang telah dilalui untuk menjadi juara dunia.

“Inilah perkara yang membuatkan saya tersentuh, ia adalah apa yang Tuhan telah berikan.”

Pada tahun ini Messi juga menjadi kapten untuk membawa cabaran Argentina di kejohanan Copa America, namun disingkirkan Brazil di separuh akhir.

Dua edisi kejohanan rantau Amerika Selatan sebelum itu pula menyaksikan Messi kempunan apabila Argentina ditewaskan oleh Chile di dua perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN