Presiden La Liga, Javier Tebas menyifatkan Neymar dan Cristiano Ronaldo tidak sepenting Lionel Messi untuk La Liga. Namun Tebas mengakui beliau mahu melihat Neymar kembali beraksi di Sepanyol.
Neymar dikaitkan dengan perpindahan kembali ke La Liga sepanjang musim panas ini. Pemain itu tidak beraksi untuk PSG dalam tiga aksi kempen musim ini akibat pergantungan.
Prospek untuk kembali menyertai Barcelona kekal sebagai satu kemungkinan, tatkala juara bertahan liga itu sudah mengeluarkan Philippe Coutinho. Real Madrid turut dikaitkan dengan bintang Brazil tersebut.
Tebas: “Lionel Messi, on the other hand, is the essential element because he’s the heritage of LaLiga.” pic.twitter.com/ishMQCjD4Z
— barcacentre (@barcacentre) August 27, 2019
Masa depan Neymar terus menjadi tanda tanya, tatkala Thomas Tuchel sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku sebelum jendela perpindahan eropah ditutup pada 2 September akan datang.
Walaupun tidak kisah dimana Neymar akan beraksi sekiranya kembali mewarnai La Liga, Tebas berpendapat pemain itu tidak akan memberikan impak sepenting Messi jika populariti La Liga di luar negara mahu dijadikan ukuran.
“Ya, sudah tentu [untuk Neymar kembali]. Dengan kualiti yang beliau miliki, Neymar adalah salah seorang dari tiga pemain terbaik di dunia. Ia penting untuk La Liga jika beliau kembali walaupun tidak akan ketara,” ujar Tebas kepada Marca.
Tebas: “Lionel Messi, on the other hand, is the essential element because he’s the heritage of LaLiga.” pic.twitter.com/ishMQCjD4Z
— barcacentre (@barcacentre) August 27, 2019
“Perkara terutama ialah kami [La Liga] beraksi 10 bulan setahun, dengan 20 kelab beraksi sesama sendiri dalam tempoh itu sambil memberi keterujaan dan kegembiraan kepada penyokong di Sepanyol dan seluruh dunia.
“Pemain seperti Neymar akan menarik perhatian penyokong di negara yang sememangnya meminati beliau. Tetapi beliau bukan elemen paling penting. Malah ianya bukan Cristiano Ronaldo.
“Tetapi Lionel Messi adalah elemen terpenting dalam La Liga kerana pemain ini ibarat seperti warisan kepada pertandingan ini.”
Salah satu perkara yang menyekat kepulangan Neymar ke La Liga adalah peraturan kewangan (FFP). Pemain itu berhijrah ke Paris dengan nilai €222 juta hanya dua tahun yang lalu.
Barcelona sudah membelanjakan sejumlah wang untuk pemain-pemain seperti Antoine Griezmann dan Frenkie de Jong. Real Madrid pula sudah membawa masuk Eden Hazard, Luka Jovic, Ferland Mendy, Eder Militao dan Rodrygo.
Namun Tebas percaya kedua-dua kelab mampu membayar untuk mendapatkan Neymar tanpa melanggar peraturan kewangan sedia ada.
“Jika mereka berminat mendapatkan tandatangan [Neymar], itu kerana mereka mampu,” ujar beliau.
“Saya tidak akan mengulas lanjut buat masa ini kerana terdapat banyak perkara yang kita tidak ketahui buat masa ini,” tambah Tebas.