Presiden UEFA Aleksander Ceferin menyatakan, sekiranya Barcelona mara ke final UCL, 2 pemain mereka tidak boleh beraksi di final tersebut.
Pemain itu adalah Lionel Messi dan Neymar. Ini kerana undang-undang UK yang melarang mana-mana individu yang masih belum bersih daripada pertuduhan kesalahan cukai daripada memasuki UK.
Seorang lagi pemain yang menghadapi masalah tersebut adalah Serge Aurier sebelum ini. Ini kerana pemain tersebut ada masalah yang sama.
Aurier terpaksa disisihkan daripada skuad yang menentang Arsenal dalam peringkat kumpulan sebelum ini.
Neymar dan Messi masih dalam prosedur untuk menyelesaikan isu cukai mereka. Final UCL pada tahun ini akan diadakan di Stadium Millenium, Cardiff.
Aleksander Ceferin berharap agar dasar tersebut dapat dirombak oleh pihak UK.
Ini kerana pemain-pemain dari England bebas untuk memasuki mana-mana negara walaupun mereka masih menjalani prosedur dan siasatan isu cukai.
UEFA yakin mereka akan dapat menyelesaikan isu ini selepas berbincang dengan FA England.
Ceferin berkata:
“Bayangkan jika Barcelona berjaya mara ke final. Apa akan jadi apabila 2 pemain ini tidak dapat beraksi di perlawanan akhir tersebut kerana polisi ini.”
Barcelona tewas 4-0 dalam perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir. Ia tugas berat untuk mereka mengubah nasib mereka pada pusingan seterusnya.
Namun begitu, pemain-pemain Barcelona kekal optimis akan dapat melakukan keajaiban.
Baca juga: CEO Red Bull Panas, UEFA Mungkin Singkirkan Salah Satu Pasukan RB Dari UCL