Pemain Barcelona, Lionel Messi menamakan pemain pertahanan yang paling sukar dihadapinya.
Menurut laman Goal, pemain terbaik dunia itu menamakan pertahanan Girona iaitu Pablo Maffeo sebagai pemain paling sukar dihadapinya.
“Saya tak berapa ingat sebetulnya tetapi yang bermain untuk Girona iaitu Pablo Maffeo memang lain macam.”
“Saya tidak pernah mengadu jika dikasari dengan teruk oleh pemain lawan. Saya anggap sentuhan dan sepakan pihak lawan itu adalah sebahagian daripada bola sepak.”
“Saya tidak kisah jika semua bentesan itu adalah berniat untuk mememangi bola, saya tak ambil kisah sangat.”
Maffeo merupakan pemain pertahanan kanan berusia 22 tahun yang kini dipinjamkan di Girona oleh kelab Bundesliga Vfb Stuttgart.
Kenyataan Messi agak mengejutkan kerana beliau sudah bermain dengan ramai pertahanan terbaik dunia seperti Sergio Ramos, Virgil Van Dijk dan juga Diego Godin.
Tetapi beliau memilih pemain pertahanan muda yang sedang dalam proses menaikkan kariernya. Jadi satu pujian yang baik buat Maffeo apabila dianggap sebagai pertahanan paling sukar dihadapi oleh pemain terbaik dunia itu.