Lionel Messi menjaringkan gol ke-29 dan ke-20 beliau musim ini dalam perlawanan menentang Sevilla dan Messi meraikan gol dengan cara agak jarang kita tengok.
Perlawanan yang agak mengejutkan kerana Sevilla gagal memberikan saingan kepada Barcelona seperti yang dijangka.
Barcelona menang 3-0 dalam perlawanan ini dan terus mengejar Real Madrid.
Biasanya Messi akan menunjukkan kedua tangan ke langit sebab beliau mengingati mendiang neneknya. Nenek Messi adalah orang yang paling banyak bekorban untuk menyokong cita-cita beliau menjadi pemain bola sepak.
Kali ini Messi seperti mencalit mukanya dengan 2 jari. Sebagai figura umum, sudah pastinya perbuatan ini menjadi perhatian dan persoalan.
Cara Messi meraikan jaringan ini sebenarnya sebagai sokongan kepada pesakti kanser terutama sekali kanak-kanak yang menderita barah.
Messi terlibat aktif dalam kempen yang dipanggil Para los valientes ataupun For The Brave (Untuk Si Berani).
Yayasan Lionel Messi antara penyumbang terbesar kepada gerakan ini. Lionel Messi juga sedang dalam rangka untuk membina hospital kanak-kanak (pediatrik) terbesar di Eropah.
Hospital ini akan memberikan fokus kepada rawatan kanser untuk kanak-kanak. Lionel Messi juga disokong oleh FC Barcelona dalam usaha ini.
Kini ada 4 entiti penting dalam program ini iaitu, Sant Joan de Déu Hospital, Leo Messi Foundation, the Fundació FC Barcelona dan IESE Business School.
Satu langkah terpuji dari Lionel Messi untuk terlibat dalam projek kemanusiaan dan kesihatan seperti ini. Kami tabik!
Baca juga: Khairul Helmi Johari: “Kami Tak Terganggu Dengan Isu Mengenai Jurulatih Kami”