Messi Jelaskan Kenapa Dia Dan Dybala Sukar Bermain Bersama

Lionel Messi mengakui yang beliau dan Dybala sukar untuk bermain bersama-sama. Kapten Argentina itu juga memberitahu yang beliau dan Dybala sudah bercakap akan hal itu.

Menurut Messi, beliau dan Dybala juga kecewa kerana gagal membentuk gandingan yang mantap. Ianya lebih kepada isu taktikal dan teknikal permainan mereka.

Messi dan Dybala mendapati masalah utama mereka adalah, mereka bermain dalam peranan yang sama di dalam padang. Mereka mencari ruang yang sama dan bermain dengan cara yang sama.

Bercakap kepada Fox Sports, Lionel Messi berkata:

“Saya ada bercakap dengan Dybala tentang semua komen yang kami terima berkaitan isu kami tak dapat bermain bersama. Dia akui bahawa itu adalah hakikatnya.”

“Di Juventus, Dybala bermain seperti mana peranan saya di Barcelona. Kami akan terdorong untuk membuka dan mencari ruang yang sama.”

Argentina’s Lionel Messi gestures before the start of the 2018 World Cup qualifier football match against Ecuador in Quito, on October 10, 2017. / AFP PHOTO / Rodrigo BUENDIA (Photo credit should read RODRIGO BUENDIA/AFP/Getty Images)

“Jadi, apabila di skuad kebangsaan, beliau kerap diletakkan di bahagian lebih ke kiri dan dia nampak sukar bermain di situ kerana jarang bermain di kawasan tersebut.”

“Sangat sukar untuk kami bermain di kiri. Saya jarang sekali bergerak ke kiri. Kami akan cenderung untuk bermain di kanan untuk membolehkan kami melakukan pintasan masuk (cut inside) untuk mendapatkan ruang di hadapan kami.”

“Saya faham apa yang beliau cuba sampaikan, tiada apa yang boleh dijelaskan lagi.”

Beberapa hari lalu, Sampaoli menyatakan yang Dybala tidak dapat bermain dalam peranan yang beliau mahukan. Adakah pemain itu akan berada dalam skuad Piala Dunia Argentina? Ianya masih menjadi tanda tanya.

Jika beliau menyertai Argentina, kemungkinan besar beliau hanya akan menjadi ‘back-up’ kepada Lionel Messi.

Kompleks juga masalah mereka ini bukan? Taktikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN