Messi & Isteri Jatuh Cinta Dengan Mahligai Bernilai RM235 Juta Di Paris

Paris adalah sebuah bandar besar yang terkenal dengan Menara Eiffel. Lebih dari itu Kota Paris juga dianggap sebagai kota cinta yang terkenal di seluruh dunia. Mana tidaknya aura romantik memenuhi segenap ruang di kota tersebut!

Di mana-mana sahaja pastinya akan kelihatan pasangan sejoli berpimpingan tangan dan ada juga babak ciuman di lakukan tanpa perlu ada rasa segan ataupun malu! Ia bukannya pemandangan yang biasa berdasarkan norma masyarakat kita di Malaysia.

Tetapi kerana itulah juga Paris mendapat jolokan nama “City of Love”. Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dengan apa sahaja di kota ini, termasuklah bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi.

Mahligai impian

Lionel Messi dan keluarganya kini dilaporkan akan berpindah ke sebuah kediaman seperti sebuah mahligai setelah menyertai Paris Saint-Germain pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Sehingga kini, Messi dan keluarganya masih lagi menginap di Royal Monceau sejak berpindah dari Barcelona ke Perancis.

Tetapi isterinya, Antonella, mahukan kediaman tetap dan bersama-sama Messi telah mencari kediaman yang sesuai untuk keluarga mereka sejak berpindah ke Paris.

Dan nampaknya Messi dan pasangannya sudah mempunyai pilihan, apabila terpikat dengan sebuah kediaman ibarat mahligai bernilai £41 juta (RM235 juta) yang disenaraikan di Sotheby.

Mahligai 30 bilik

Kediaman mewah itu bukanlah kediaman moden seperti yang ada di kebanyakkan kota metropolitan di seluruh dunia. Sebaliknya, mahligai tersebut sudah ada lama di Paris. Ia dibina pada tahun 1899 dan mempunyai 30 bilik.

Untuk menjadikannya sesuai didiami dengan gaya hidup masa kini, ia turut didatangkan dengan kolam renang dalaman, panggung wayang, gimnasium dan gelanggang skuasy.

Ia turut memiliki beberapa buah garaj di sekeliling dan tempat kediaman/ khusus untuk pekerja di tapak yang sama.

Messi bakal pemilik baru?

Laporan beberapa tabloid di eropah berkata Antonella sudah pun datang untuk melihat sendiri kediaman tersebut. Namun akan berbuat demikian sekali lagi bersama Messi untuk mengesahkan pembelian kemudian.

Messi mungkin berminat untuk mendapatkan mahligai tersebut memandangkan ia hanya 15 minit pemanduan dari tempat latihan PSG.

Ia adalah sebuah kediaman lama yang mempunyai nilai dan sejarah tersendiri. Bekas Presiden Perancis, Charles de Gaulle pernah mendiami kediaman tersebut ketika Perang Dunia II pada 1940.

Dalam perkembangan lain, Messi bakal beraksi buat kali pertama di Parc des Princess pada malam ini dalam perlawanan menentang Lyon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN