Meskipun Pertuduhan Rogol Digugurkan, Wajarkah Manchester United Kembali Menerima Mason Greenwood?

Mason Greenwood manchester united

Mason Greenwood telah sah digugurkan daripada semua tuduhan jenayah ke atasnya ekoran penarikan diri saksi utama, mengikut kenyataan yang diberikan oleh Polis Manchester.

Penyerang berusia 21 tahun itu berdepan pendakwaan di atas cubaan merogol, mengawal dan memaksa serta menyerang dengan ketiga-tiga pertuduhan melibatkan wanita yang sama.

Menurut pihak pendakwaraya, dengan penarikan diri saksi utama, proses untuk sabitan tidak lagi realistik dan pendakwaan kes tersebut perlu dihentikan.

Bagaimanapun kelab pemain berkenaan, Manchester United dalam kenyataan terbaharu mengesahkan akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan langkah seterusnya sekalipun semua pertuduhan terhadap Greenwood telah digugurkan.

“Manchester United mengambil maklum mengenai keputusan Pihak Pendakwaraya bahawa semua tuduhan ke atas Mason Greenwood telah digugurkan,” ujar kenyataan tersebut.

“Pihak kelab ini akan menjalankan proses sendiri sebelum menentukan langkah seterusnya. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga proses tersebut selesai.”

Ia bukanlah satu keputusan yang mudah buat Manchester United. Meskipun Greenwood kini sudah bebas daripada sebarang pertuduhan dan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan, kebanyakan aktivis sosial tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Bekas kapten United, Gary Neville telah menerima kecaman hebat di media sosial kerana bertindak menyukai satu ciapan oleh bekas pengarah pendakwaraya Nazir Afzal yang menjelaskan mengenai pembebasan Greenwood daripada pertuduhan di Twitter.

Ia jelas menunjukkan golongan awam tidak dapat menerima hakikat pembebasan Greenwood tersebut, apatah lagi mangsa serangan seksual tersebut telah merakam video yang menunjukkan keadaannya yang teruk pada masa kejadian.

Greenwood sememangnya diakui ‘anak emas’ The Red Devils. Pemain tersebut menyertai akademi United pada usia enam tahun membuat penampilan pertama untuk skuad enior pada Mac 2019 ketika berusia 18 tahun.

Selepas ditahan oleh pihak polis pada Januari tahun lalu, Nike telah bertindak menggantung penajaannya dengan kemudian ia terus dibatalkan atas desakan pelbagai pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN