Mesin Gol Baharu Terengganu Sedia Guna Segala Pengalaman Demi Pasukan

Penyerang baharu Terengganu, Nelson Bonilla tekad untuk membuktikan sesuatu yang positif kepada pasukan selepas beliau sah ditandatangani Sang Penyu untuk memperkukuhkan jentera hadapan pasukan.

Terdahulu, Sang Penyu bakal mendapatkan seorang lagi pemain serangan selepas mereka tampil sedikit tidak konsisten di posisi tersebut selain hanya bergantung harap kepada Ismaheel Akinade sahaja.

Rekod musim lalu menyaksikan beliau tampil konsisten bersama Sukhothai FC di saingan utama Thailand apabila Bonilla meledak 12 gol bersama 6 bantuan jaringan daripada 28 penampilan secara keseluruhan.

Catatan jaringan beliau secara keseluruhan bersama pelbagai kelab diwakili juga sangat positif apabila dirinya telah menghasilkan 102 gol bersama 29 bantuan jaringan daripada 231 penampilan.

Pada usia 33 tahun, pemain kebangsaan El Salvador ini juga memiliki banyak pengalaman di pentas Eropah sebelum menyertai saingan utama Thailand bersama beberapa kelab tempatan.

Lebih menarik, Bonilla juga menjadi pemain yang masih aktif buat skuad kebangsaan serta memakai lilitan kapten selain merekodkan beberapa jaringan di pentas antarabangsa.

Kali terakhir beliau meledak gol pada 9 Jun lalu ketika El Salvador menewaskan Saint Vincent and the Grenadines menerusi keputusan 3-1 bersama aksi cukup menyakinkan.

Tampil dengan reputasi cukup baik, jelas Bonilla tidak akan tampil bersama Terengganu sebagai pelengkap pasukan sahaja, sebaliknya diri beliau mahu membuktikan sesuatu positif.

“Selepas mengetahui khidmat saya diperlukan oleh pasukan itu (TFC), saya begitu teruja kerana bakal memulakan cabaran baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kerana sebelum itu saya bermain hampir tujuh musim dalam Liga Thailand.

“Dengan pengalaman yang ada sepanjang 16 tahun bergelar pemain bola sepak profesional bermula dengan kelab Alianza FC dalam Liga El Salvador, saya akan gunakan pengalaman itu untuk membantu pasukan TFC.

“Pada masa sama saya bagaikan tidak sabar untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan baharu ini, saya berkeyakinan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sepasukan selain diberi kepercayaan oleh mereka,” kata beliau menerusi petikan Harian Metro.

Melihat kepada situasi semasa, jelas Bonilla bakal menjadi pertaruhan baharu untuk bergandingan bersama Akinade selaku mesin gol baharu Terengganu.

Selain Nnabuike Chukwu akan terus menjadi pilihan kedua di bangku simpanan yang akan digunakan Steinbruckner mengikut situasi semasa serta percaturan taktikal.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN