Mesej Neymar Membuatkan De Jong Tak Jadi Sertai PSG

Frenkie De Jong mendedahkan beberapa siri balasan teks di antara beliau dan Neymar – yang merupakan bekas pemain Barcelona. Neymar menjadi pemain termahal dalam sejarah selepas dibeli PSG dengan nilai €222 juta dari Barcelona.

De Jong pada beberapa minggu lalu dikaitkan dengan PSG. Beliau merupakan sasaran utama PSG bagi menggantikan Adrien rabiot yang sah ke Barcelona.

Kelab juara Perancis itu optimis ketika itu akan dapat memeterai perjanjian dengan De Jong. Namun tidak lama selepas itu De Jong diumumkan sebagai pemain baharu Barcelona dengan nilai £70 juta.

De Jong menyatakan selain daripada Barcelona, ejen beliau turut berbincang dengan pihak PSG dan Manchester City. Dan kemudiannya beliau mendedahkan Neymar memberikan nasihat berguna kepada beliau yang membawa kepada keputusan akhir untuk beliau sertai Barcelona.

De Jong menyatakan bahawa Neymar berkata; jika De Jong mahukan lebih kompetensi dalam bola sepak, Ligue 1 bukan tempatnya. Adalah lebih baik beliau pergi ke Barcelona yang bermain di La Liga.

Neymar merungut tentang tahap kompetensi di Ligue 1 yang rendah. Dan Neymar menyatakan PSG tidak ada saingan lebih kuat di Perancis, lantas ia memberikan impak tidak sihat kepada pembangunan para pemain seperti beliau secara teknikal.

Selain itu Neymar juga memberitahu De Jong tentang cuaca dan juga perseteruan di Perancis. Neymar mengakui menyesal menyertai PSG kerana membuatkan beliau sukar mendapatkan persaingan lebih baik.

Neymar kemudian menasihatkan De Jong agar menyertai Barcelona. Neymar kini masih berehat selepas kecederaan di bahagian metatarsal.

Dan Kita semua tahu bahawa para penyokong di Perancis sangat marah dengan label liga pekebun diberikan oleh segelintir pihak kepada mereka. Nampaknya Neymar sedang bermain api.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN