Bekas bintang Arsenal, Paul Merson dan Alan Smith mencadangkan pemilik Arsenal untuk menukar nama Stadium Emirates kepada Stadium Arsene Wenger.
Ini selepas pengurus legenda Arsenal itu mengesahkan beliau akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini. Arsene Wenger membantu Arsenal memenangi 3 EPL, dan 7 Piala FA sepanjang 22 tahun di Arsenal.
Paul Merson dan Alan Smith merasakan, idea itu sangat tepat untuk memberikan penghormatan kepada pengurus terbaik dalam sejarah Arsenal itu. Merson berkata:
“Mereka harus menukarkan nama Emirates dan ia memerlukan mereka hilang sedikit wang.”
“Mereka (Arsenal) tak perlukan sangat wang itu (wang hasil bayaran hak penjenamaan stadium oleh Emirates). Selepas itu, tukarkan ia kepada Stadium Arsene Wenger.”
Kedua-dua mereka percaya, Wenger memainkan peranan yang besar dalam pembinaan stadium itu. Wenger banyak membantu dari segi kewangan, sanggup mengurangkan pembelian pemain dan kawalan dana dalam kos operasi. Merson menambah
“Itu stadium beliau (Wenger). Wenger yang membinanya. Beliau yang membuat stadium itu. Kalau mereka panggil Stadium Emirates Arsene Wenger pun rasanya ok. Beliau berhak mendapatnya.”
Smith bersetuju dengan pandangan Merson dan merasakan ia idea yang hebat dan selayaknya walaupun akur akan ketidaksanggupan kelab hilang wang daripada penjualan nama stadium.
“Saya setuju dengan Merse. Saya rasa ianya akan menjadi sesuatu yang hebat untuk menamakan stadium dengan nama beliau. Ianya sesuai untuk memberikan penghargaan sedemikian.”
“Namun, apa yang jelas, kelab pada hari ini tidak sanggup untuk hilang beberapa juta hasil daripada penjenamaan stadium, tetapi saya merasakan idea ini hebat.”