Skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) bakal menghadapi aksi final mereka hari ini dalam saingan Merlion Cup, selepas cemerlang beberapa hari lalu dengan menundukkan Kemboja.
Untuk aksi final ini, Malaysia bakal membuat perhitungan bersama Hong Kong yang juga berjaya menewaskan tuan rumah, Singapura sebelum itu dalam aksi sangat sengit.
Perlawanan Seterusnya!
Final • Merlion Cup 2023
⚽ HONG KONG B-22 🇭🇰 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA B-22
🗓 Ahad, 26 Mac 2023
🕣 8.30 malam
🏟️ Stadium Jalan Besar, Singapura
📺 Siaran langsung di Astro Arena 2#FAM #HarimauMalaya #MerlionCup2023 pic.twitter.com/JosGQxAVEx— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 25, 2023
Pada perlawanan lalu, Malaysia berjaya mempamerkan aksi yang sangat berkualiti untuk mengetepikan cabaran Kemboja menerusi jumlah jaringan besar dihasilkan untuk menewaskan lawan.
Jaringan awal Malaysia terhasil menerusi penyerang utama mereka iaitu Haqimi Azim pada minit ke-13, sebelum V. Ruventhiran menggandakannya selepas itu.
Pada separuh masa kedua, jaringan gol terus dihasilkan oleh skuad kebangsaan menerusi dua jaringan melalui Fergus Tierney serta Najmudin Akmal untuk mengesahkan kemenangan 4-2 Malaysia mengatasi Kemboja.
Untuk aksi hari ini, tiga pemain muda Malaysia dijangka bakal memberikan sekali lagi impak untuk mencatat keputusan positif di Singapura serta berpeluang meraih kejuaraan pertama tahun 2023.
Azam Azmi Murad
Kapten Malaysia ini berjaya memberi persembahan cukup berkualiti pada aksi lalu untuk memastikan benteng pertahanan negara tidak mudah dibocori sebegitu sahaja.
Selain itu, Azam juga menjadi komponen penting negara ketika serangan diaktifkan untuk mencipta hantaran lintang berkualiti serta umpanan-umpanan berbahaya di dalam petak penalti.
Skuad Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan menjalani sesi latihan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Baca penuh di https://t.co/AIZjjbYNQE#FAM #HarimauMalaya #MerlionCup2023 pic.twitter.com/APKs9kCyet
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 25, 2023
Kelebihan Azam menerusi kualiti kawalan bola beliau yang sangat baik selain memiliki kepakaran khusus untuk mencipta hantaran tepat kepada pemain serangan bagi mendapatkan gol.
Aiman Afif
Pemain tengah menyerang ini berjaya mendapatkan kembali rentaknya dalam skuad kebangsaan, setelah tampil konsisten sewaktu berdepan Kemboja.
Bermain di posisi tengah, Aiman berjaya menguasai posisi tersebut dengan sangat baik untuk tidak melepaskan bola sewenang-wenangnya kepada pemain lawan.
Selain itu, Aiman juga memiliki kreativiti untuk mencipta umpanan kepada penyerang utama serta memiliki kemampuan melepaskan rembatan jarak jauh bagi mendapatkan gol untuk Malaysia.
Najmudin Akmal
Penyerang negara ini antara faktor utama mengapa Malaysia berjaya kembali mencipta kebangkitan di separuh masa kedua untuk mengesahkan tempat ke final.
Keputusan Masa Penuh
Merlion Cup 2023 | Jumaat, 24 Mac 2023
KEMBOJA B-22 🇰🇭 2-4 🇲🇾 MALAYSIA B-22
⚽️ Lim Pisoth 36’ Sieng Chanthea 50’
⚽️ Haqimi Azim 13’ Ruventhiran 30’ Fergus Tierney 62’ Najmudin Akmal 73’#FAM #HarimauMalaya #MerlionCup2023 pic.twitter.com/YzquGFCwbm— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2023
Walaupun bermain selaku pemain simpanan, impak ditinggalkan Najmudin sangat besar untuk merubah corak permainan serangan negara menjadi lebih pantas serta kreatif memburu jaringan.
Kelebihan Najmudin daripada segi fizikal beliau yang kuat serta kemahiran melepaskan rembatan daripada sudut sukar menjadikan dirinya sebagai aset penting buat negara pada masa hadapan.