Merlion Cup: 3 Impak Positif Malaysia Pamer Ketika Unggul Tewaskan Kemboja

Malaysia bawah 22 (B-22) memulakan langkah kanan mereka dalam saingan Merlion Cup, selepas mereka unggul menewaskan Kemboja B-22 menerusi keputusan penuh 4-2 untuk aksi pertama.

Pada saingan tersebut, Malaysia jelas mempamerkan aksi cukup berkualiti sebaik sahaja perlawanan dimulakan untuk cepat menguasai permainan bagi mendapatkan gol awal yang dicari-cari.

Jaringan awal Malaysia terhasil menerusi penyerang utama mereka iaitu Haqimi Azim pada minit ke-13, sebelum V. Ruventhiran menggandakannya selepas itu.

Setelah mendapatkan dua gol, aksi Malaysia sedikit perlahan yang menyaksikan Kemboja kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Lim Pisoth dan Sieng Chantea.

Menerusi pertukaran dibuat, akhirnya Malaysia kembali cemerlang untuk menjarakkan kedudukan serta terus memastikan kemenangan mereka menerusi dua gol jaringan Fergus Tierney serta Najmudin Akmal.

Kemenangan tersebut memastikan Malaysia berjaya mara ke final dan ia pastinya akan meningkatkan terus motivasi para pemain untuk tampil lebih baik bagi aksi seterusnya.

Pada perlawanan tersebut, tiga impak positif telah dipamerkan skuad muda negara yang membawa kepada kemenangan sulung buat pengendali mereka iaitu E. Elavarasan.

Corak permainan menyakinkan

Sepanjang perlawanan berlangsung, Malaysia berjaya memberikan aksi yang cukup positif untuk mengatasi Kemboja di segenap sudut.

Menerusi sistem hantaran pendek yang tersusun, jelas pasukan lawan tenggelam pada awal permainan untuk cuba mengatasi pemain negara dan hanya mampu melancarkan serangan balas pantas.

Walaupun masih ada beberapa kelemahan dikesan, secara keseluruhan skuad kendalian Elavarasan berjaya mempamerkan corak permainan menyakinkan untuk disaksikan oleh para penyokong.

Kreativiti di posisi serangan

Salah satu perkara positif dikesan pada perlawanan tersebut menerusi aspek penyudah yang sangat berkualiti dihasilkan oleh pemain-pemain muda negara.

Antara mencuri tumpuan terarah kepada pemain seperti Haqimi Azim serta Najmudin Akmal yang sangat efektif di hadapan serta bijak mencuri ruang mendapatkan gol.

Tidak dilupakan juga kelibat Aiman Afif yang seperti menemui rentak beliau kembali musim ini dengan terbabit dalam banyak gerakan untuk mendapatkan jaringan walaupun tiada sebarang gol dihasilkan pemain tersebut.

Disiplin posisi pertahanan

Walaupun terlepas dua gol, secara keseluruhan disiplin pertahanan yang ditampilkan skuad negara wajar dipuji sepanjang 90 minit aksi bertemu Kemboja.

Bermain pada bulan puasa, jelas begitu banyak tekanan terpaksa dihadapi para pemain terutama sekali mengenai fokus mereka untuk mengelakkan lawan mencipta sesuatu.

Pemain seperti Ubaidullah Shamsul dan Azam Azmi antara wajar diberi pujian kerana kesungguhan mereka dalam menyerap segala tekanan cuba diberikan oleh pemain serangan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN